Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 30 September 2015

Awak terlalu baik untuk saya

Phrase kat atas ni selalu orang cakap as lame excuse untuk sesiapa nak tolak cinta orang dengan cara baik.

Ada jugak yang bertanya;

Dah dapat yang baik kau nak apa lagi dol?

But seriously weh aku tak boleh dengan orang yang terlalu baik / berbudi pekerti ni. 

Takde salah, dia minta maaf

Aku salah pun dia minta maaf

Orang lain salah tapi melibatkan aku, pun dia yang minta maaf (?)

Lepas call message cakap terima kasih sebab jawab call (?)

Aaaa I kennot. Aku manusia grago dan tidak bersopan santun. So aku tak boleh masuk dengan orang yang terlalu baik ni. Aku tak selesa. Aku tak boleh jadi diri sendiri. Aku jadi awkward. Aku tak boleh gelak macam Mak Lampir. Aku akan jadi fake. 

So aku tak boleh bina hubungan atas aku yang fake. Tidaklah fake 100% sebab dia pernah komen 'awak ni gila-gila kan, best kawan dengan awak'. So maknanya sisi sebenar aku wujud depan dia mungkin cuma tak 100% sebab depan orang baik ni mestilah kita cuba jaga pekerti kita kan?

Aku nak orang yang aku comfortable with. Yang aku boleh joke and tease around. Yang aku boleh jadi 100% me. 

Aku tak suka laki romantik / sweet talker. Aku tak suka laki layan aku macam aku budak tadika. 

Aku suka laki yang boleh jadi kawan baik aku. Yang aku boleh cerita dari hal ehwal isteri Perdana Menteri sampai lah hal ehwal sengugut. 

Ni aku cakap aku tak boleh solat pun dia segan. Acane tu? 

Aku tak boleh orang ingatkan aku semua benda yang memang aku tau itu tanggungjawab aku, I'm 25 kot. 

Setiap kali time solat suruh solat, setiap kali time makan suruh makan. Kau tak suruh pun aku buat la. Solat tu makanan jiwa aku, makan tu makanan perut aku. 

Tanya lain ye, suruh lain. Tanya pun jangan selalu, kadang-kadang je. 

I don't need a baby sitter, I need a best friend. 

So, alasan awak terlalu baik untuk saya, bagi aku ada betulnya.

10 comments:

  1. hahaha..well kdg2 suka org dalam diam tanpa sesiapa tahu pon dh nikmat..mcm bercinta dalam realiti,,tp wataknya cuma kita saja hakikatnye..sob sob(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha it hurts at first but nahh, suka je pun bukan fall in love haha

      Delete
  2. Hahahahaha aku baru nak ckp lame betul ayat rejek tersebut. Tp betul jugak tu aku pun sama, kalau boleh nk yg 'nakal' sikit. Tp dgn aku je la klo dgn pompuan lain pun dia nakal ada yg mkn kaki karang, gahahaha

    Pendek kata someone yg buat kita selesa, yg tak kondem klo kita korek idung, hahaha bab ingatkan utk solat tu pls lah, bg aku tak sweet pun. Dr pengalaman aku laaa kan, lelaki yg selalu remind fsl solat ni most of them hanya tunjuk baik sblm dapat. Inilah testimoni aku hahahaha.

    Alah Nadia, baru bf je pon sedangkan kapal terbang pun org boleh rampas muahahahahahahah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan. aku pun prefer bad boy, but t&c apply la haha.

      sama weh kita. rasa jelek pun ada (jelek tak tahan word aku) hahha. rasa macam dia nk tunjuk dia beratkan hal solat. hahaha jahat aku ni.

      hahahahah kapal terbang takde hati dan perasaan. we must consider the another woman's feeling acececece hahaha.

      Delete
  3. Mungkin dia tak dapat beza menyuruh dengan bertanya, kot?
    Tapi betullah, siapa nakkan pasangan yg membuatkan kita tak jadi kita, kan?

    Kalau aku, aku nakkan pasangannya yang boleh buatkan aku jadi better.
    Tapi bukannya yg suruh aku jadi better, aku nak jadi better by myself, not after orang suruh. Heh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah lah.

      betul2, aku setuju sangat dengan kau. nak berubah pun bukan sebab / untuk sesiapa. pasangan yg buat kita rasa nak jadi better.

      Delete
  4. Aku pun rasa kalau bf /gf yg selalu sgt ingatkan pasal solat tu mcm dah ter'over caring'. Ramai rasa benda2 mcm tu nampak sweet. Tapi, aku rasa diorang ni mcm terlalu mencuba utk jadi baik bila buat mcm tu... Org yg baik tak tunjuk dia baik...dia just buat benda baik dan org lain automatik akan rasa dia seorang yg baik.

    Ingatkan pasal solat tu accepted kalau dah jadi suami/isteri je...Aku prefer org2 camni ingatkan pasal solat kat member2 sejenis diorang yg masih malas nk solat( kalau ada)...tu lebih baik.

    Kalau bab pasangan, aku suka yg boleh faham lawak aku and at he same time aku boleh faham lawak dia. Lagi2 lawak kasar, aku suka betul....hahaha.... Tp dia kena lembut la, cuma lawak dia je yg perlu kasar sikit. Lepas tu, boleh discuss something dan bg opinion masing2. Respect opinion masing2 walaupun x sehaluan sebab manusia mmg sentiasa berselisihan pendapat.

    Kalau boleh, tak takut tegur aku bila aku buat salah walaupun ada risiko utk aku bengang dgn dia. Kalau dia berani buat mcm tu, memang betul ikhlas la dia tegur tu...Tapi, tegur tu kena unik la...teguran yg x menyakitkan hati..hahaha....ape benda entah aku merepek panjang ni...

    Aku rasa kalau nak jadi mcm yg aku fikirkan ni, hanya applicable kalau x selalu contact. Bila selalu contact, lama kelamaan conversation jadi x special dan xde apa lagi nak tanya, maka keluar la soalan cliche seperti entri di atas. Haaa..aku dah tersambung lg pulak...hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. aku pun rasa benda yang sama. plus aku rasa solat tu wajib, tak perlu nak ingatkan hoho. lain la kalau kita sedia maklum dia memang tak solat and nak nasihat ke arah tu.

      ingatkan kadang-kadang okay la, tapi suruh setiap masa ni rasa macam 'eh kau ingat aku ni tak reti solat tanpa disuruh ke?'gittuu

      aku nak laki yang boleh jadi kawan baik aku, kawan gila-gila aku hehe. dalam relationship toleransi memang penting. pasangan kita bukan kita, so kita kene faham dia ada pandangan dia sendiri and respect it.

      haha complicated tu. pasangan kau kena tau nak tackle kau macam mana la nampak gayanya haha

      haha. aku pun tak suka nak whatsapp 24 hours (clingy). nak cakap apa ohhhh! hahaha

      Delete
  5. yes!! pasangan kita adaah kawan baik kita, yang boleh dengar pelbagai masalah yang menyerabutkan kepala dan perut kita.....IQ dulu pun tak suka orang yang sweet talker, cakap nak manis2 jer, nak puji melambung, walhal kita ni dosa kemain banyak....huhuhu...

    nasib baik tahu awal, kalau tak makan hati di akhir waktu itu...huhu....harap nad jumpa yang macam tu lagi dengan gelaran im available...heee..AMIINNNNNN

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kita sama. tak suka sweet talker and tak disuka dipuji. actions speak louder than words. nadia suka dilayan macam kawan tapi dalam masa yang sama caring yang tak ditunjuk hehe

      haha gelaran available paling pentinggg! haha. ameennnn

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance