Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 6 August 2015

Umur 25 andartu katanya

Semalam aku keluar dengan kawan-kawan aku. H (is also my 2nd cousin), F (1st time keluar sama-sama) dan S (2nd time keluar dengan dia). F dan S adalah kawan baik cousin aku tu.  Kitorang pergi Parade untuk melantak dan pergi lagi  El Negra untuk minum dan melantak juga. Air-air kat El-Negra semua sedap-sedap.

Mostly kami bertukar cerita pasal kerja.

Dekat El Negra tetiba mereka serang aku bertubi-tubi dengan soalan tanpa sempat aku mempertengahkan hujah aku lalu aku makan beef nachos tanpa mempedulikan mereka

H: 'Nadia kau memang takde steady bf lagi ke?'

*geleng*

H: 'Kenapa kau tak jadi dengan M?

'Bosan'

H: 'Eh kau dah kena start cari tau! Lelaki makin kurang. ramai yang bodoh. Yang bijak muka elok but ramai yang gay'

'Relax la weh, aku baru 25 kotttt!'

S: 'Eh 25 dah tua tau untuk perempuan, kau tak takut jadi andartu ke?'

'Nahhhh' *kutip ketulan beef yang terjatuh dari nachos

F: 'Nak I carikan tak? Eh I ada sorang kawan Lawyer tengah serius cari isteri. Dia nak yang cantik and ada degree. Dia baru balik dari Mekkah'

*pandang sinis sambil buat expression muka SO?*

*F tunjuk gambar, aku pandang sekali lalu, sambil berkata dalam hati, sedapnya cheese beef nachos ni*

 'Nadia aku rasakan cuba kau jangan pakai tudung tutup dada, baru laki attract haha'

Haaa? *tunjuk penumbuk*

F: Eh tapi laki sekarang fetish dengan perempuan bertudung labuh

S: Yeke? Okay labuhkan lagi Haha

Watdehel kawan-kawan aku ni? Membebel mengalahkan perempuan tua. Malas aku layan. Kenapa mereka risaukan aku, padahal mereka sebaya dengan aku dan mereka pun tidaklah mempunyai pasangan hidup lagi! Haha

Semalam teman H cari bantal untuk kereta dia. S dan F sibuk tengok segala perkakas rumah macam blender, pinggan mangkok, rice cooker sambil berangan untuk memiliknya satu hari nanti. Aku harap ISTERI-ISTERI mereka bahagia dapat H, S dan F sebagai suami satu hari nanti sebab tak payah nak fikir pasal hiasan dan perkakasan rumah. Malah F siap nak pergi kelas menjahit.

Dan aku harap mereka dapat isteri pendiam sebab mereka membebel kalah nenek aku yang masih bergigi. Harap isteri mereka redho. Hahaha. Harap mereka bertemu jodoh yang baik. Aameen.

Selingan: Aku hampir mati dalam ketawa bila tengok kredit kad H gambar Hello Kitty! Hahaha. Dia cakap tu je tinggal time tu, kalau aku sanggup aku tak ambil. Hello kitty? Euwwww. Transformers nak la aku haha. Kadang-kadang aku lagi lelaki dari mereka -_-''

8 comments:

  1. hello kitty? kalau adik IQ hantu betul dengan hello kitty tu! haha..opkos adik IQ perempuan. XD

    25 single is ok. 30 still single tu yang kena tahan telinga jawabnya. haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. Kann. mcm mak2 la dorang ni.. zzzzz

      Delete
  2. lol..kalau awk baru 25 dikatanya andartu,akak yg 29 nk ke 30 ni ape pulak?
    matilanak kalau fikir persepsi org je.
    sebenarnya kita sendiri tahu sama kita dh betul2 sedia untuk get married.kawin bukan main mak2 anak2 derrr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh betull. X pyh peduli ckp org. X bwk faedah pun. Haha

      Delete
  3. beef nachosss (*¬*)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dont forget the cheese. Omg drooling.

      Delete
    2. eh yg smlm dah makan pon drool jugak ke haha :p

      Delete
    3. When it comes to cheese it always make me drooling hahaha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance