Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 28 August 2015

Kisah 12 Zulkaedah 1436H

Hari ni aku mulakan dengan bangun mandi dan solat Subuh. Pukul 7 aku  bersiap nak ke office. Pagi ni jalan tutup sebab ada raptai kawad kemerdekaan. Aku tak rush pun sebab kalau jalan dah tutup aku hadap je la jalan mana yang bukak walaupun tak tau nak parking mana. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan, aku kereta terakhir yang boleh lalu sebelum main road ditutup, polis trafik lalu betul-betul belakang aku. 

Sampai office aku baca paper. Lepas tu aku cek segala email dan gossips haha. Then baru start kerja.  Then bos aku ajak pergi meeting dekat kedai Nasi Arab Hadramout. Meeting berjalan lancar dari 11.30 sampai 3 petang. Mulut pun lancar melantak haha. 

Pukul 5.15 aku keluar office. Ternampak pakcik tua bermotor kapcai jual mangga muda dengan cempedak. Aku syak tu hasil dia sendiri sebab memang ada beberapa biji je cempedak and beberapa plastik mangga. Teringat adik aku nak mangga muda, coi macam orang mengandung. 

'Pakcik, seplastik mangga ni berapa?'
'RM2, cik kerja mana?'

dalam hati yang masih terkejut woi murahnya seplastik RM2, aku menjawab

'Saya kerja sini pakcik, tingkat 1' 
'Kalau keje sini, pakcik bagi RM1 seplastik'
'Eh pakcik jangan macam tuuuuuu'

aku ambil 2 plastik mangga, bagi note RM10

'Pakcik takde duit kecil cik'
'Takpe, pakcik ambil la baki tu buat belanja'

muka dia sumpah terharu tengok aku, aku yang rasa nak nangis

'Ya Allah terima kasih cik. Moga sejahtera dan mudah hidup cik. Moga Allah murahkan rezeki cik' 

sebelum air mata mata aku jatuh, baik aku bla. Aku senyum kat pakcik tu

'Terima kasih pakcik'

tetiba dia bangun nak ambil lagi seplastik mangga

'Nah cik, pakcik bagi'

Aku keras menolak

'Eh tak payah pakcik, rumah saya takde orang sangat, membazir nanti'

Pakcik tu senyum

Aku terus ke parking lot sambil sembang dengan sorang ustaz. Ustaz tu cakap kat aku 'Nadia, kalau kat kawasan rumah  Nadia ada berlaku maksiat, maklumkan kat saya, boleh kita menegur'. Sambil blur aku angguk. Rasa macam baru dilantik jadi agen pencegah maksiat haha. 

Tetiba aku nampak pakcik tu datang kat aku, bagi sebiji cempedak kecil. 

'Ambil la, manis inshaAllah tapi sikit je isinya'. 

Tengok kesungguhan dia aku dah tak sanggup nak tolak. 



Sampai je rumah F message aku. Cakap dia nak jumpa and dah nak sampai depan rumah sewa aku. Aku keluar kejap jumpa dia. Rupanya dia bagi aku secawan besar coffee ais. Semata mata okay, lepas bagi terus balik. Dah la rumah dia agak jauh dari sini. Erghh. Memang aku pernah cakap aku teringin coffee tu but that was 2 weeks ago. Sungguh la aku tak sangka. Haishhhh. Saja tau F ni buat aku serba salah. Aku ignore dia kot 2 3 menjak ni sebab aku terus terang kat dia aku taknak komitmen for now. Tapi nampaknya dia belum give up.  Arghhh please dont do this again. 

By the way, thank you F.

Tapi cempedak pakcik tu memang manis gila

Terima kasih pakcik. Moga Allah limpahkan rezeki untuk pakcik sekeluarga. 

Bila satu kita memberi, Allah balas dengan 10 pemberian lain. Bila kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita. Bila kita sentiasa ingat Allah, Allah takkan pernah lupa kita.

Thankyou Allah for today. I learned a lot. 

16 comments:

  1. auwww,,, suwitnye F hantar jaoh2...hehehehe~....

    Alhamdulillah, rezeki Nadia hari ni untuk tolong pak cik tu. Murah tu mangga dua ringgit seplastik....ada lagi tak? Nadia kerja kat mana? macam kat kL...bangunan mana? *owh...IQ sangat kepoh...huihuihui~

    semoga hari hari nadia terus diberkati...Amiin~ =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nadia keje Ipoh hehe. Ala IQ jangan teringin pulak mangga ni. risau pulak tertunjuk kt ibu mengandung hehe

      Thankyou IQ. Same doa goes to you. Ameen :)

      Delete
  2. bapak murah seplastik rm2 :O
    aku pun suka membeli dari penjual kecil-kecilan ni dari beli kat supermarket. buat apa nak kayakan lagi si CEO COO COC, eh.. hahahah baik kayakan petani biasa2 ni kan kan?

    apesal F tu sweet sgt??? tak takut kena kencing manis ke?! *dengki*

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn murah gila. x smpai hati nk byr rm2 je.. betul2

      hahaha. nk x? aku kenalkan :P

      Delete
  3. buah buahan bgus utk kesihatan

    ReplyDelete
  4. sedapnye..kecur air liur.cicah garam pon sodap
    mane nk dapat nth rm2 seplastik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. cicah sambal kicap pedas lagi yummmyyyy! hehe

      Delete
  5. Setiap orang ada struggle masing2. Maybe dgn perbuatan kau tu pakcik buah tu terasa struggle dia semakin tak membebankan, tu yg dia sgt berterima kasih tu. Hehehe

    Buat baik memang dibalas baik. Rezeki jangan ditolak. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe maybe la. Btl tu. life is a circle. Hr ni hr pakcik tu, hr kemudian mybe org kurgkn struggle aku plk kn. hehe inshaAllag

      Delete
  6. pakcik tu mcm lg suka org beli buah dia dr pikir untung hehe
    terbayang cempedak goreng tepung *drool*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cempedak goreng memang bkn guna tepung ke? Lol :p

      Delete
  7. Tahniah..kau dah berjaya berbuat baik dan membantu org yg betul2 dlm kesusahan...bila ada peluang buat baik, buatlah. Memang buat baik dibalas baik.

    Aku gembira baca cerita ni dan tahu ada manusia baik hati mcm kau ni wujud...harap2 aku pun boleh buat benda baik mcm kau buat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe terima kasih. bukanlah niat aku nak menunjuk kebaikan. aku just sgt terharu pakcik tu bersungguh doakan aku. doa yang ikhlas takkan ternilai dengan wang ringgit. kan?

      Delete
  8. owww awww so suwettt...
    takpa take it slow and enjoy the moment laa


    Soya antara Fakta dan Auta

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance