Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 8 August 2015

Harapan ayah

Tadi aku keluar breakfast dengan Mak. Sembang-sembang bercerita macam-macam hal. Ye lah, jumpa weekend je kan. Ayah kerja, as always. Siapa cakap kerja kerajaan goyang kaki? Ayah aku weekend pun kerajaan punya T____T

Tetiba mak cakap;

Ayah yang paling nak kamu kahwin, ayah marah kamu reject kerani tu. Ayah cakap ayah pun kerani, hidup je walaupun tak mewah. 

Terus aku sentap. Ya Allah aku reject dia bukanlah sebab dia kerani. Walaupun dia kerani, dia tengah ambil degree sekarang, diploma ada, kereta ada, tengah nak beli rumah. So that's not the point, kalau aku fikir pasal material la. 

Aku reject dia sebab dah aku tak suka. Nak buat lagu mana. T____T. Tak tahu kenapa lepas mak cakap tu aku nangis. Bukanlah meraung, over nau dramanya haha. 

Tapi bergenang la air mata aku. Aku risau ayah ingat aku jenis pentingkan kedudukan. Aku tak pernah hina orang atas tiket pangkat. Aku pun bukan orang senang. Aku takkan lupa asal usul aku. Kalau tak masakan semua staffs kat pejabat baik dengan aku. Hmmm

Kalau dah macam ni jadinya, aku tak kisah dah siapa suami aku yang penting Allah bukak hati aku untuk terima dia completely till my very last breath. Dah datang kat aku setinggi-tinggi pangkat pegawai sampailah ke kerani, tapi semua aku reject sebab memang hati aku taknak. 

Kedudukan dan pangkat bukan isunya sekarang, isunya sekarang hati aku!

Kenapa ayah nak sangat Nadia kahwin? Risau Nadia andartu jugak ke? Hahaha. Ayah dah taknak jaga Nadia ke? *teary eyes*. 

Aku dah kenal ayah 25 tahun. I know how much his loves for me, that can't be compared to anyone else in this world. I know he just want the best for me. 

Okay lah Ayah, Nadia cuba. Doakan Nadia. 

11 comments:

  1. Ayah tu dia risau je takut anak dai tak kahwin2 sampai tua. Fuh..dah ramai gak rupanya kena reject,memilh sgt ni...hehe.... Pada aku la...kalau org tu baik apa salahnya. Hati tu nanti lama2 cair la kalau dah hidup susah senang bersama. Buat solat istikharah supaya dipermudahkan. ''Kalau baik dekatkan, kalau tak baik dijauhkan.' :)

    ReplyDelete
  2. Tu la. Ayah mana tak risau kn? Anak prmpuan plk hehe.

    Thankyou for ur kind words. InshaAllah :)

    ReplyDelete
  3. Same with my abah. Risau. Anak perempuan. Tp soal hati ni mmg rumit kn. Mcmmna nk hidup bersama kalau hati tidak cinta..how came eh?? Hihi. Tp apepun Allah lebih tahu. May Allah ease. All da best sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe btl. Wpun org ckp cinta blh dipupuk tp dpt rs x blh. Atleast kene suka at first place, bkn la nk terus2 cinta kan hehe.

      Yes Allah knows best. Just keep praying. All the best to you too :)

      Delete
  4. huhu, sedih plak baca entry kali ni...
    tapi untung ayah nadia tolong carikan, IQ ni abah suruh cari sendri, yang penting setia sampai ke akhirnya..

    soal hati memang susah nak cakap, kemain orang tu sayang kalau kita tengok dia pun rasa tak kena, risau ke akhirnya macam tu...tak nak la muda2 lagi da bergelar janda, minta dijauhkan...

    tepuk dada, tanya selera...moga Allah bukakan hati..Amiin.. =)

    ReplyDelete
  5. Eh tak, ayah tak carikan. Suruh cari sendiri jgk haha. Tp dia nk nadia kawen asap.

    Btl. We just want the best. After all life is a gamble kan. Kita doa je lah yg terbaik.

    Tq IQ :)

    ReplyDelete
  6. Izinkan aku untuk beri satu nasihat.
    Disebabkan manusia adalah makhluk yg bersosial, apa yg penting sekali dlm dunia ni ialah komunikasi.

    Cuba terangkan dengan jelas kepada Mak dan Ayah sebab kenapa kau tak terima si fulan tu.
    Terangkan kenapa tak berkenan dlm hati.
    InsyaAllah semuanya akan lancar.

    **nasihat dr pengalaman...hehehe**

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas nasihat yg berguna. Btl, miscommunication adalah satu mslh dunia.

      Tp tu la, mybe aku just gtau hati aku tak boleh terima je, so alasan tu pun x diboleh terima pakai oleh prents aku. I must be more specific after this! Tq cero :)

      Delete
    2. Oooo si C ni penah reject pilihan family ghupanyaaa.. wakaka

      Delete
  7. hmmm.. gua takleh nak ulas lanjut tentag isu ni sebab:
    1. gua takdak ayah
    2. takde sapa penah tanya fasal hal2 kawen dekat gua

    *nangis celah petiais*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm. U make me speechless. *tenggong celah petiais cuba pujuk hang*

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance