Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 27 August 2015

Dulu, masa aku kecil dan masih comel.

1. Dulu aku pernah tangkap seekor kumbang sebesar satu titik marker hitam. Aku namakan dia Minami. Aku simpan dia dalam botol asam taik idung. Aku tebuk 5 lubang guna jarum di penutup botol untuk Minami bernafas. Aku bawa Minami ke Kelantan. Sampai Kelantan Minami mati. Sebab aku tak bagi makan ke? Tapi kumbang makan apa ha? Aku syukur Minami mati depan mata aku, kalau aku tinggalkan kat Perak sian Minami mati sekor-sekor dalam rumah.

2. Dulu masa tadika aku pernah panjat pagar sekolah sebab nak berjalan kaki ke pejabat ayah. Hari tu ayah ambil lambat, pukul 12 cikgu tutup pagar sebab cikgu nak memasak untuk tengahari. Time cikgu masak, aku panjat pagar. Kebetulan ayah terserempak dengan aku di tengah jalan, ayah dah terlepas sebenarnya, dua kali dia pandang ke belakang baru dia datang ambil aku letak dalam raga depan motor. Mungkin dia tak sangka yang budak comel jalan sorang-sorang itu anak kesayangan dia. Kemudian ayah ke sekolah untuk bagitau cikgu aku lari dari sekolah. Ayah tak marah cikgu sebab aku yang panjat pagar. Ayah hanya bagi nasihat kat aku. Nasib baik ejen van putih masih tak berleluasa ketika itu.

3. Dulu aku main lari-lari dengan kawan-kawan lelaki lalu aku tersadung jatuh. Lutut aku luka parah sebab pakai short ketika itu. Ayah berlari dengan cemas lalu dukung aku bawa masuk rumah. Kemudian seminggu aku tak ke sekolah sebab sakit nak berjalan.

4. Dulu selain main race basikal dengan bebudak lelaki (perumahan aku takde perempuan sebaya, or dorang tak fun main barbie doll dalam rumah), kami juga menyusuri longkang cari berudu.

5. Dulu sebelum aku pindah ke kampung, kawan baik laki aku nangis, dia janji dah besar dia nak kahwin dengan aku. Masalahnya sekarang kalau terserempak dia malu-malu. Janji palsu! Hahahaha.

6. Dulu aku pernah protes dalam tandas sebab cikgu asingkan tempat duduk aku dengan kawan baik laki aku (orang yang sama seperti no 5) sebab aku boleh membaca dengan lancar, sedangkan dia masih merangkak membaca.

7. Dulu cikgu pernah letak aku sebelah meja guru sebab aku tak berhenti bercakap. Tapi duduk sebelah cikgu pun aku masih tak berhenti bercakap. Cikgu give up dan bersembang dengan aku.

8. Dulu aku pernah kena kejar dengan pengawas sebab dia suruh aku angkat tangan luruskan barisan tapi aku tak buat instead aku menjawab. Aku selamatkan diri di tandas perempuan. Bila petang dia kejar aku dengan basikal kat perumahan kami. Kurang hajar. Hal sekolah jangan bawa balik ke rumah. Begitu juga untuk prinsip kerja sekolah. Kerja sekolah kene siapkan di sekolah.

9. Aku pernah main gelongsor di bukit tanah merah. Sungguh seronok sebab bukit itu sangat tinggi, takde papan gelongsor setinggi tu. Balik rumah kena marah dengan mak sebab baju kotor dan koyak. Tapi sumpah berbaloi kena marah.

10. Aku pernah balik sekolah lalu jalan illegal yang berbukit dan curam. Sebelum sampai rumah sempat singgah kedai runcit beli aiskrim pong yang boleh dipatah dua dengan menghempukkan tengahnya di peha. Balik dengan keadaan gembira dan rasa adventure boleh panjat bukit pakai baju kurung. Langsung tak terfikir yang mak ayah risau macam nak pitam tak jumpa aku kat sekolah. 

8 comments:

  1. Tajuk dia 'Dulu, masa aku kecil dan masih comel.'...
    sekarang dah tak comel ke? comel lagi kan? Wahahaha

    Tetiba aku pon nak mengimbau zaman kanak-kanak riang ria comel kiut miut dulu...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang jelita hahaha okay aku gurau.

      Imbau la. Nk baca jugak ;)

      Delete
  2. ok, topik yang sangat sangat menarik, lawak pun ada, biasa la zaman budak2..mana ada yang tak best kan...semua best2 jer....heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan. best jd kanak2 ni.. naive and masalah pun tkde :D

      Delete
  3. kumbang tu mati rasanya sbb nama dia Minami hahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerlass apa nama tu. kumbang lain tkde nama pun haha

      Delete
  4. Haha...yg no 1 tu comel...boleh pulak bela kumbang siap bg nama...lepas tu masih boleh ingat lagi detik kematian kumbang kesayangan kau tu...legend...

    kalau adik aku pulak dia boleh kurung lipas dlm tupperware lepas tu tulis "was here since 9/8/15" kat tupperware tu.

    Yg menariknya lipas tu survive lebih dari 6-7 hari tanpa makan/minum. Skrg aku x cek,lagi maybe lipas tu masih hidup lagi kot....so, conclusionnya bela la lipas, senang nak jaga..muahahah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha adik kau lagi 'art' walaupun a lil bit mean there :P

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance