Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 24 August 2015

Dilema sang kaki

Pagi semalam aku pergi Parkson Ipoh nak cari kasut kerja. Kasut kerja aku dah rabak. Aku ada 3 kasut actually tapi aku tetap pakai yang satu tu je sebab selesa. Lagi dua tutup tak penuh. Tutup atas sikit dari jari kaki je, I don't like.

Tak suka beli jugak! Haha. Aku jarang pakai kasut before this, so aku tak tahu mana keselesaan aku. Rupanya lagi tutup penuh lagi aku suka. Plus lagi 2 tu tapak licin. Kalau macam boot lagi aku suka, nampak macho gitu haha. Aku tak suka nampak feminine hehe.

Dulu aku agak boyish sikit. Orang cakap kita akan dapat suami opposite perangai kita dan sebab ingin mengelakkan dapat suami pondan, aku berubah sikit-sikit hehe. Sampai mak kawan aku tak kenal la aku sekarag 'Ya Allah Nadia ke ni? Dulu tomboy' Bahahaha lagi sikit aku nak tersembur nasi kenduri yang aku tengah makan dengan penuh keayuan. Tapi kekasaran aku masih ada tersisa dalam badan ye. Bahahaha.

Eh mana cerita kasut? Haha

Okay, aku memang mark ada 2 kasut kat Parkson ni. Bila sampai je aku terus mintak size untuk dua-dua jenis kasut. Sekali habis size weh! T___T Hampa, patutlah kasut tu diskaun 50% semalam, dah nak habis rupanya. Lepas tu aku tawaf la shopping mall tu, jumpa 2 3 yang berkenan, semua takde size. I hate you!

Aku dah lah susah nak jatuh cinta sebab taste aku rare hehe. Sekali jatuh cinta tengok tak available. Macam tu jugak dengan manusia, sekali aku suka sekali orang punya daaa haha. T__T

Lepas tu pergi la JJ Kinta pulak, cuba nasib. Padahal Jumaat lepas pergi dah, memang takde berkenan pada pandangan pertama. Mana tahu berkenan pandang kedua. Rupanya nasib tak menyelebahi aku again. Cuba 4 5 pasang jugak, semua takde size. Aku dah berputus asa, pakai je lah kasut rabak tu huhu.

Mak suruh buat final round, ambil je yang mana ada size. At last jumpa jugak, display punya pulak tu. Taram je la labu, aku dah penat tawaf JJ, hampir rasa nak mengamuk dah.

Aku kalau nak beli sandal ke selipar jepun ke memang takde masalah sebab besar sikit pun takpe. Nak beli kasut memang membencikan. Kasut sukan takde masalah sebab boleh beli size kanak-kanak. Haha.

Kaki aku ni krisis identiti kau tau, kejap size 3, kejap size 4, kejap size 5.

Syukurlah ada kaki Nadia. Gulp!

14 comments:

  1. kita sama nadia, tomboy dulu2...sep sikit! heeee~~~

    by the way, nak cari kasut yang sesuai memang penat...tapi nanti perangai tu makin lama makin hilang bila da menjangkau usia..kenapa? sebab penat nak tawaf2 ni...pakai mana yang ada depan mata...*pendapat IQ jer, sebab IQ pun dulu camtu...huahuahuahua...

    dulu boyish, tak fikir pun dapat lelaki lembut ke camne...sekali bukan dapat yang lembut, tapi yang boleh tenangkan hati kita...yang tak kan buat kita marah2...yang sejukkan hati kita...huihuihui~ jiwang plaks...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nadia bukan byk songeh tp mslh size. nk yg tak berkenan di mata jnji ada kasut pun, tetaplah tkde size hoho.

      hehe Alhamdulillah. tu la yg kita mahu :)

      Delete
  2. shopping kasut pon nak mengamuk hahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha penat laaaaa! dah penat mesti mengamuk! hahaha

      Delete
  3. Jenuh la nk cari kasut kalo kaki comel ni.
    Xpa janji jumpa. Sambil2 cari kasut dah excersise. Satu mall dah tawaf. Badan pun fit. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh penat, pergi melantak pizza. bila nak fit ntah haha -_-''

      Delete
  4. Saiz 3? 4? 5?
    Apsal kecik bebenor? Comel je kecik.
    Kasut aku saiz 9, 10 saiz gajah punya. Wahahaha.

    Tips nak beli kasut ialah beli masa nak balik sbb masa berjalan, kaki kita akan mengembang.
    So kalau beli awal2 jalan-jalan makananti akan jadi ketat. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha keturunan kot :P alah kau laki, pelik pulak kalau kaki kecik hehe

      yeke? x pernh tau punn. haha nnt dh nk blk tkde mood dh nk membeli :P

      Delete
  5. Hahaha sama! Nak cari kasut punya susah, ada yang suka, xde saiz pulak. Memang membencikan. Sebab tu pakai je sampai lunyai satu kasut tu. Huhu.
    Salam kenal, nadia

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kan.. ada jugak yg senasib.

      Salam kenal :)

      Delete
  6. ini baru betul keturunan cinderella. gua saiz 5 pun dh rasa kecik bebeno, hahaha
    ahem bebaru ni beli ankle boots kat Zalora, wahahah motiff?

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh boots. mst macho kann ? haha. aku x berani beli kasut online disebabkan kaki yg tiada prinsip hidup ni. hoho

      Delete
  7. Salam Nadia vs Beron,

    Biasalah kalau kita terdesak nak cari kasut mmg masa tu lah xde saiz, xde stock etc. Saya kalau berkenan kasut time jalan2 terus rembat, standby so dalam keadaan terdesak dah ada kasut spare.. :-)

    ReplyDelete
  8. Hehe. Sy plk susah nk berkenan dkt kasut kalau mmg tkde niat nk membeli. Jrg la ada kasut spare. Haha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance