Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 15 July 2015

Salam Aidilfitri

Yuhuuuu. Dah balik kampung ke tu? Aku bersiaran dari pejabat ni. Lengang weh, syahdu pulak rasanya. Parking lot pun lengang. Amboi kereta banyak kau komplen, kereta sikit pun kau komplen, manusia tak reti bersyukur betul.

Esok aku start cuti sampai Rabu depan. Hover ke tidok? Mak bapak kat office ni pun cuti paling lama sampai Selasa, aku yang bujang trang tang tang yang takde rumah mentua nak balik cuti paling lama Hahaha. 

Hari ni dah takde mood nak berkerja, semalam aku dah siapkan mana yang patut, dah hantar masuk bilik boss pun tapi boss pun tak sign haha Dia pun dah takde mood nak kerja sebab malam semalam dia dah balik kampung nun di selatan Malaysia.

Takde bos lagi laaaaa takde mood nak kerja, dan diperakui boss aku semalam haha. Semalam sebelum balik boss jumpa semua orang, ada benda nak disampaikan sikit and kami bermaafan. Paling penting boss bagi duit raya youolssss! Haha haruslah aku gembira sebab mungkin itu the only duit raya yang aku terima *masukkan duit yang nak diberi dalam sampul sambil kesat air mata dekat bucu lengan baju*

Dulu time kecil bukan main suka nak beraya ni. Yela sehari puasa seringgit, time aku 6 tahun seringgit tu ibarat sejuta *over*. Zaman tu duit syiling pun dapat lagi, duit seringgit mas tu. Dulu ada sampul raya memang khas nak selit duit syiling, pernah dapat? Kalau tak pernah dapat korang tak legend haha.

Dulu aku suka je dapat duit syiling sebab bila mereka berlaga, ada irama yang syok, irama menandakan aku tengah kaya haha. Dulu aku rasa duit kertas takde value, aku campak je duit kertas kat mak, patutlah mak senyum je Haha. On the way dari rumah aku nak ke rumah nenek, aku tabur semua duit syiling aku atas lantai kereta, aku bersila kat bawah tu, aku kira duit raya.

Sepuluh, dua puluh, tiga puluh, huyooo mak duit Nadia ada seratus. Sen aku tak mention, ringgit pun aku tak mention. Banyak sangat dah rasanya tu haha. Keluar kereta nak masuk rumah nenek pun jalan muka bangga je. 

Tapi dari kecil ayah memang ajar aku, pergi beraya rumah orang jangan buka sampul duit depan tuan rumah, kalau buat jugak memang siap kena marah dalam kereta. And time kitorang kecik memang ayah tak bagi aku nak bawak handbag ke apa ke nak letak duit raya, letak je kat beg mak, balik baru kira. Ayah tak suka nampak macam kita nak beraya sebab nak duit. Yela, jadahnya budak-budak bawak handbag? Aku sokong prinsip ayah tu.

Dah la, kalau ikut bosan aku boleh bebel sampai 4.30 karang. Siap 1 novel haha.

Di kesempatan ni, aku nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maafkan segala keterlanjuran kata yang menyakitkan hati, terkasar bahasa, terlebih gurau, sengaja atau tak sengaja. Semoga segala ibadah kita di bulan Ramadhan diterima dan dilipat gandakan ganjarannya. Semoga kita terus istiqomah dalam beribadat dan panjang umur untuk jumpa lagi Ramadhan 2016. 

Kepada yang balik kampung tu, hati-hati memandu. Moga selamat pergi dan pulang. 

8 comments:

  1. Selamat hari raya aidilfitri!!
    sama la, IQ pun cuti start esok sampai rabu. meh kita raya sakan yop!

    duit syiling singgit emas tu legend habis, dulu selalu dapat, siap ada slot utk letak duit syling tu lagi, last2 tukar dengan pak sedara, dia nak beratkan dompet dia, konon banyak duit la tu. HAHA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha pak sedare pun sama naik! slmt hari raya, hati2 di jalan raya hehe.

      Delete
  2. hahaha budak sekarang apa tahu feeling dapat duit syiling? pernh dulu beg tangan gua putus sebab happy pusing2 beg yg tgh penuh dgn duit syiling.

    budak sekarang? kalau bg syiling maunya dia bg balik kat kita dgn gaya 'takpelah, terima kasih je..'
    wahahaha ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. terlebih muatan la tuuu. budak sekarang dapat seringgit siap boleh tanya 'seringgit je??'' Pitammm!

      Delete
  3. selamat hari ini.

    diharapkan baca komen ni masa hari raya.

    dl simpan duit syiling. dengan harapan budak2 massih terima syiling. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops dah terbaca hehe.

      Haha jgn harap budak2 skrg nak duit syiling. Entah kenal ke tak pun dorg dengan sen kita yang makin turun nilainya. Lol

      Delete
  4. Kecik dulu dapat duit raya dari jiran 50sen pun dah rasa cukup besar dah,
    siap kasi tau kawan lain lagi suruh target rumah tu sbb dia bg 50 sen.
    Siap menyamar jadi orang lain lagi sebab nak dapat 50 sen buat kali kedua...hahaha

    Tapi zaman laa ni, kalau dalam sampul tu ada duit kertas RM1,
    maka merungutlah para anak-anak sambil bagitau kawan dia yg rumah itu kedekut...hahaha

    Best kan raya masa budak dulu?

    Selamat hari raya, maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul sangat. Yes best sangat. Suasana raya skrg dh lain. Lagu raya sekarang pun tak menyentuh kholbu mcm lagu dolu dolu. Keh keh keh.

      Raya skrg org lg suka tengok gadjet dari manusia. Haishh. Macam mana la generasi2 akan datang.

      Raya jangan melantak banyak sangat. Haha.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance