Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 31 July 2015

It'll be a long day

Roslina, antara kawan yang paling rapat and paling dekat dengan aku sebab dua-dua orang Kuale Kangsar . Aku kenal dia dari darjah 3, tapi time tu tak bercakap lagi, senyum-senyum dari jauh je, kekonon dua-dua pemalu, padahalllll! Haha. Dia 1 sekolah agama dengan aku, tapi kelas lain, kot? haha sorry aku lupa sebab aku datang sekolah agama tu ikut suka hati aku nak datang ke tak. Tu solehah semacam sekarang -_-''

2nd aku jumpa dia time medical check-up nak masuk MRSM. Aku dapat MRSM Lenggong, dia dapat MRSM Pendang. Tapi few months after school started, aku tengok dia terpacak dalam kelas aku, dapat tukar rupanya. Dari situ kami betul-betul start berkawan. Mula-mula tak la rapat mana, makin lama makin rapat. Time Form 4 dengan Form 5 lagi la berkepit je dengan geng FREMMIN yang lain.

Habis SPM, dia dapat Asasi UM, aku pulak Asasi UiTM. Time degree dia sambung UM, aku sambung UUM. Time tu jumpa time cuti sem je la. Habis Degree, aku buat chambering, dia buat Master dekat USM. Tapi selalunya jumpa sebab aku stay kat rumah, dia pun kelas sekali sekala je. So kitorang lagi rapat. Kalau aku kat rumah nak keluar, mak aku dah tau dah aku keluar dengan siapa, tu je la kawan baik aku kat Kuale. Kalau ayah tanya nak pergi mana dengan siapa, mak yang menyampuk 'Dengan Ros dia la, siapa lagi' Ros dia tak tahan hahaha.

Boleh kata, tiap minggu la jumpa, wajib! Kalau tidak kami windu winduaan hahaha. Minggu aku tak lengkap kalau tak jummpa dia, gituuu. Aku cerita semuanya dengan dia. Kami kongsi cerita sedih, cerita suka, cerita lawak, cerita orang lain, judge orang sama-sama hahaha. Tapi dengan dia memang tak pernah serius, sebab dari cerita sedih pun boleh gelak haha. Kalau aku di persimpangan dilema pun aku tanya dia apa aku patut buat. Dia lagi tahu kisah hidup aku dari family aku. I trust her my life. Kalau teringin makan apa-apa, mengadu je kat dia, nanti kami serbu la gerai yang berkenaan lepas tu sembang 4 5 jam.

Dia lah yang teman aku makan KFC pagi petang siang malam, teman aku makan burger tepi jalan, teman aku makan aiskrim malam-malam kat dataran Kuale tu, teman aku makan laksa petang-petang dekat Lubuk, lepak tepi sungai makan Magnum. Kitorang sentiasa ada keinginan makan yang sama di waktu yang sama. Half of our friendship's journey is about food haha. Dulu aku dating pun dia mesti ada sebagai orang ketiga! Hahaha

Semalam dia bagitau dia dapat kerja kat KYS, Melaka, start Isnin ni. Sumpah aku terus sedih sebab aku dah biasa since 2013, she always with me, literally. Jauhnya Melaka. Lahabau haha. But in the same time, I'm really happy for her. Tapi sedih jugak, lepas ni weekend aku nak lepak dengan siapa? Mungkin ni petunjuk suruh aku cari jodoh dengan seriusnya! Haha

Ros, jaga diri kat tempat orang, I'll miss you, a lot. She's indeed a great and fantastic girlfriend. She's hilarious yet serious when needed (so far it lasts only 1 minute) haha.

Aku dah dapat rasanya kesenduan hidup aku lepas ni. Dah la weekdays lepas kerja aku balik rumah sewa terperap je dalam tu sebab takde kawan. Weekend pun takde kawan? *nangis bawah katil* Nampak sangat circle aku kecil. Loser! Haha. Aku duduk asrama, so aku takde kawan tempatan kecuali Ros, yang lain semua kat negeri/daerah lain. I hardly make friend, I choose friend wisely. Quality is better than quantity, yeah?

Ahhh I hate this kind of feeling!

4 comments:

  1. sabarlah, setiap pertemuan ada perpisahan..acewah..

    melaka tu, meh IQ tolong tengokkan ros kalau IQ balik kampung ek..heee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tengok2 kan eh. kalau nak cari, cari dia kt kedai makan, sure ada haha

      Delete
  2. Untung laa ada kawan macam tu.
    Aku ni, sama jugak duduk asrama so kawan setempat memang takde.
    Yang ada pun jauh di negeri lain. Nak cari kawan baru macam eh? dah tua bangka baru nak kawan??
    So mereput laa aku dlm bilik depan laptop sengsorang.
    I know you know the feeling. I know too.

    Bertabahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omg kita sama haha. I feel u brotha, i feel you. Umur cmni dh mls nk cr kwn, mls nk start and lalui segala stages yang ada. The same reason malas bercinta hahahaha ubah topik plk.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance