Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 3 July 2015

Hormatilah bulan Ramadhan

Semalam on the way balik rumah aku singgah kedai mamak, ayah pesan murtabak. Aku pun pergi la order dengan sorang pelayan ni, aku syak dia orang Myanmar.

'Saya mau murtabak ayam 2, daging 1'

Lepas tu dia tunjuk ayam goreng dengan kari daging. Lantas aku menggeleng dengan pantas

'Bukan, bukan, saya nak murtabak' *sambil tunjuk murtabak yang depan mata dia.

'Ohh murtabak'

Derr bukan aku dah cakap ke tadi? Nak kata pekak tak. Nasib baik bulan puasa, kalau tak aku dah sumbatkan murtabak-murtabak tu ke dalam mulut dia dan pinggan tu aku ketuk sekali atas kepala dia.

Selepas penat ulang order, aku pun duduk ambil nafas tunggu murtabak reheat. Tetiba aku rasa aku buang masa, lalu aku bangun pergi bayar siap-siap harga murtabak. Dah bayar, aku ke tempat duduk balik, aku terpandang bahagian lain dalam kedai mamak tu, yang tersorok sikit.

Aku nampak 2 lelaki Melayu dah tua tengah makan wehhh! Hari panas terik takkan la tersilap waktu asar dengan maghrib! Ayooo atok, kalau ada cucu 6 tahun yang sedang belajar puasa datang nak beli nan cheese untuk berbuka ternampak atok tengah makan roti canai, tak ke malu sampai ke kubur nanti?

Ke memang sifat malu dah makin hilang dalam diri manusia?

Aku cuba husnozon, menyangkakan mereka gastrik tak boleh puasa. Perghhh best gila gastrik ada geng. But still kau gastrik ke kau saja taknak puasa ke sila makan sorok-sorok dalam rumah yang takde siapa boleh nampak. Hormatilah Ramadhan itu. Kau taknak puasa sukahati kau lah, dah tua nak mampus tak sedar diri dah bukan kerja siapa-siapa nak menegur.

Seorang hakim mahkamah syariah pernah cakap dekat aku 'Kita akan tangkap orang tu bukan sebab dia tak puasa, tapi sebab dia tak hormati bulan puasa'

Even Indu depan aku yang tengah makan roti canai pun nampak muka serba salah dia sebab makan depan aku. Kejap-kejap dia tengok roti canai, kejap-kejap dia tengok muka aku. Ke sebab muka aku macam roti canai?

Pelik lah aku orang tak puasa ni. Adik aku sekolah all boys, dia cerita ramai je tak puasa langsung. Kawan aku pulak cerita officemates dia ramai-ramai smoking kat tangga. Ya Allah, macam mana tu nak jadi ketua keluarga nanti. Hope sempat berubah. Takutlah aku dapat suami gitu huhu. 

Ada yang puasa tapi tak solat. Padahal dalam rukun Islam, solat datang dulu baru puasa.

Tapi siapalah kita nak mengadili dorang? Kita pun bukanlah sempurna sangat. Doa-doalah mereka ni berubah sebelum ditarik nyawa. Doa untuk kita juga moga terus istiqomah.

Lalu, murtabak aku pun siap. Boleh Myanmar tu tanya lagi;

'Akak, ayam goreng sama itu daging sudah bungkus?' Kerja kedai mamak cakap pun macam mamak dah Myanmar ni.

Bila masa aku nak benda tu? Jangan aku sepak kau sampai ke Myanmar balik! 

Terus aku angkat sebelah tangan tanda enough enough sambil pusingkan sikit kepala gaya India padayappa lalu beredar ke kereta.

4 comments:

  1. Memang ramai species tak kenal dosa pahala mcam tu...
    Nak taknak kita ni amik laa jadikan pengajaran.

    Kalau nak panjang cerita, apa kata pergi repot dekat pejabat agama mana2...
    Nanti diorang serbu pada waktu2 tertentu, habis kena tangkap...hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaaa. Sbb tu kot malaysia byk bencana skrg.

      Tkpelah, nnt ceritalah kt pej agama yg kebetulan satu bangunan dgn pej sendiri. Haha

      Delete
  2. hahaha aku baca dgn nada serius sampailah part muka aku mcm roti canai ke? bhahahaha
    anyway mmg ramai org tak puasa, kat kmpaung aku siap ada keturunan lagi family yg tak puasa. mintak dijauhkan la benda2 cmtu.. buhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. keturunan? seriusly? omg! dah macam kene sumpahan haha. Tapi ye lah, dah mak pak x puasa takkan tetiba anak nak puasa. Mak ayah la yang melentur anak jadi islam ka nasrani ka yahudi ka. Ok stop sebelum aku masuk mood ustajah aku. Nauzubillah minta dijauhkan.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance