Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 11 July 2015

Final Raya's prep

Semalam lepas kerja aku pergi JJ Kinta, final wave beli kelengkapan raya *bayangkan game zombie vs plant*. Sebab tahun ni aku kena beli baju sendiri *cry a river*, so aku dah bajet berapa aku patut habiskan. Patut ye patut, tak habis tak boleh, lebih dari bajet takpe. Kahh!

Next gaji aku 20.8 nanti weh. Gila kau kalau tak plan kewangan betul2. Dengan aku kena service kereta bulan ni. *cry an ocean*

Aku bajet untuk semua kelengkapan dari atas ke bawah, dalam ke luar, untuk aku sorang je RM500. Ni tak termasuk baju kurung which aku dah beli siap-siap.

Terlebih RM65 tapi dapat rebate balik voucher RM40 so kira aku terlebih bajet RM25 la. Okay la kan? Hehe

With that amount aku dapat jeans 2, tshirt 3, kasut sepasang, handbag (partially sponsored by emak hehe), tudung 2. Amount tu termasuk GST. Kalau tak dapat lagi sehelai baju. Zzz. Kalau GST ni takde hasil untuk negara nanti, siaplah! Pulangkan balik semua duit aku!! Haha

Lepas tu aku topup sikit duit adik aku, dorang nak beli kasut dengan baju. Lepas tu aku bagi mak duit suruh beli tudung raya dengan tshirt ayah. Lepas tu belikan Pah sebalang kuih. Jadi la kan?

So itu je lah perbelanjaan raya aku tahun ni. Hope semua orang happy. Dan sekarang aku tak berapa nak happy. Kat mana aku nak gali nak bagi duit raya weh?? -_-" Sepupu aku both sides 50 orang weh! Awat la beranak banyak sangat pokcik mokcik den ni haha

6 comments:

  1. haha, sama la...dulu masa bujang bila da start kerja pon memang kena lan kewangan sendri, bajet raya abah pun dah tak bagi...

    tahun ni berdua, makin banyak belanja nak kawal...kalau tak, tak sampai gaji nanti dah kopak oii! heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dua, dua pendapatan takpe lagi. Hehe. Bertiga nnt lagi kene kawal la yee hehe. Slmt hari raya in advance! :)

      Delete
  2. bajet beli mercun mana?? tak best ler tadak mercun... kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mercun kita songlap je tak payah beli haha

      Delete
  3. Baca post ni tetiba aku rasa bersyukur anak buah aku baru dua orang...
    hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila bersyukur sebelum mereka membiak hehe

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance