Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 15 June 2015

Puasa datang lagi!

Mesti korang baca tajuk entri ni dalam nada "Toraa datang lagi!" Kan? Hek eleh. Cartoon betul :P Macam tak percaya lagi 3 hari dah nak puasa balik. Rasa baru semalam makan KFC kat pantry time lunch haha :P

Ni nak cerita sikit pasal persiapan raya. Kahhhhh! Ni la manusia, belum apa-apa hat raya tu memang paling semangat sekali. Baju baru, tudung baru, kasut baru, suami baru, serba serbi barulah cerita nya. 

Aku dah ada 2 pasang baju tradisional. Satu tempah, satu beli siap. Warna? Supriseeee! :D

Sabtu aku teman mak pergi Giant Ipoh beli Buttercup. Mak aku meniaga biskut raya. Nak tempah? Tak payah! Dah penuh hahaha

On the way nak pergi food court lantas mata aku tak semena-mena terarah ke satu kedai. Ni lah namanya jodoh. Lalu terjatuh cinta pada satu baju kurung Pahang warna soft yellow bermotifkan bunga soft turquoise and soft pink. So sweet, apetah lagi kalau aku yang pakai hahaha. Aku sebenarnya tak suka warna kuning, but I can't resist that one. Eh bukan tadi kata taknak bagitau warna ke? Biarlah, terlajak kata boleh diundur, terlajak type aku malas nak edit balik. Biarlah lagi satu warna menjadi misteri nusantara mehehehe

Murah je uolsss. RM88 setelah mengenceng (percayalah, word ni tak wujud, but it just feel right :P) Aali (owner kedai orang Pakistan nasib baik tak handsome) mintak diskaun. Puas hati aku tak payah nak fikir baju kurung dah. Mak memang wajibkan anak perempuan dia mempunyai 2 baju kurung di hari raya dan memaksa untuk pakai kalau tidak dia tahu anak dia yang ni suka hati ayah dia je pakai jeans dengan tshirt masuk rumah orang untuk berhari raya dan melantak mee kari 3 pinggan tanpa segan silu. Sungguh tiada nilai estetika dalam diri.

Bulan puasa ni nak cuti satu hari, nak pergi beli jeans, tshirt, kasut, handbag, dll. Mind you, aku shopping setahun sekali je yang MEGA la. Setakat kadang-kadang TERmasuk mall TERbeli sepasang kasut tanpa niat (TER dah already imply tanpa niat Nadia) tu perkara biasa. Duh, perempuan kot. 

Tapi I is sad because this year haa, all the shopping mopping thingy haa, I using my own pocket money. I hate life with commitment :P. I cannot la bila tengok baju tu harga rasa mahal, padahal bila guna duit mak ayah, pandang pun tidak kau kan tag harga tu. Dasarrrr! Sekarang, rasakan the value of money.

Adik-adik aku dah order macam-macam suruh aku beli. Ewah ewah ewah, sedapnya mulut mengoder, ingat aku kerja tanam duit ke? Ingat gaji aku takde benda lain nak buat ke? Mintak kasut Larrie ampun lagi, ni mintak Crocs! Over nau nau. Crocs pasar malam aku beli, dua siap haha.

Puasa tahun ni (baru nak ingat pasal puasa) aku macam takde arah tuju lagi nak berbuka kat mana haha. Kalau berbuka kat rumah sewa, nampak gayanya kena berbuka sorang, tarawikh sorang. Aku syahdu sikit bulan puasa ni beraktiviti sorang-sorang. Ramadhan = Jemaah. So semua kene ramai-ramai baru feel. Tapi kalau nak berulang, malasnya lahai aku nak berulang lepas sahur tu pergi kerja. Balik takpe, bulan puasa 4.30 boleh punch kad dah. Tapi kalau buka puasa kat rumah sah-sah sedap, dan halalan toyibban. Beli bazar ni tanggung risk la, tak sedap satu hal, tak bersih satu hal.

Tengoklah macam mana nanti. Tu la Nadia, ada ajak kahwin kau taknak, kalau tak boleh berbuka dengan suami :P Kalau suami yang masak aku nak la! Hahaha

Siapa nak iftar date dengan aku bagitau awal-awal eh, so I can clear my schedule just for you. haha.

Selamat Menyambut Ramadhan. Sila perbanyakkan ibadah dan semoga diterimaNya. Dan jangan tiba je Syawal semua ibadah terlepas macam mana terlepasnya syaiton dari ikatan. Terasa tak Nadia? Behehe.

Heyyy setannnnn! Beratur lekaihhhhh, nak kena ikat! Muahahaha

2 comments:

  1. ok... next agenda.. borong biskut raya... kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. biskut raya buat sendiri. Salam ramadhan al mubarak ankel. Jangan ponteng puasa! Hahaha

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance