Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 11 June 2015

Perihal rumah sewa

Sekarang ni aku duduk rumah sewa kat Ipoh sebab malas berulang. Aku ni memang pemalas, semua malas. Kalau buat sebab terpaksa. Terpaksa masak sebab lapar, terpaksa kemas bilik sebab runsing tengok bersepah, terpaksa basuh pinggan sebab tak suka tengok pinggan kotor, terpaksa gosok baju sebab runsing tengok kedut. Haa semua terpaksa la buat, tidur je rela haha.

Housemates aku sorang nurse, sorang kerja kat butik. Baru kenal bila aku masuk rumah tu. Tapi aku jarang gila jumpa dorang. Yang nurse tu kerja shift, so faham-faham lah. Yang kerja butik tu, time aku pergi kerja dia tidur, time dia balik aku pulak dah tidur.

Aku selalu jugak tidur sorang bila nurse tu kerja malam and budak butik tu aku tak tahu dia tidur mana. Pelik aku. Aku sewa bilik for purpose nak tidur. Dia tu sewa bilik for purpose salin baju ke apa? Kalau setakat nak salin baju je baik guna fitting room butik kau kerja tu haha. Selalu la dia tak balik tidur rumah sebab aku bangun Subuh tengok bilik dia ber-mangga dari luar.

So ayah aku mesti lah bising bila dia tau aku selalu tinggal rumah sorang. Karang message suruh balik Kuale la apa la. Aku pulak jenis berani, aku tak takut pun tinggal sorang. Dalam masa yang sama aku malas nak balik Kuale tu, fikir esok nak travel 6.30 pagi, oi bencinta oi!

Lepas tu dia suruh cari rumah lain, lagi la malas. Nak dapat rumah ni pun payah, plus dekat gila dengan office aku, +-4km je, haruslah aku malas nak pindah-pindah dah. See? Malas lagi haha

Aku cakap kat mak aku akan pindah bila aku dapat housemate lelaki. Hahahahha

Bye. Nak tidur

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance