Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Sunday, 7 June 2015

Let's talk about lelaki yang ditinggalkan kekasih

Aku ni kalau dengar laki kena tinggal makwe, aku jadi syahdu sikit, jadi kesian lebih kat laki-laki tersebut. Sebab pada hemat aku, aku rasa majoriti perempuan adalah spesis yang setia (including me off course). Perempuan kena tinggal sebab laki ada orang lain benda biasa! Laki kot weh! Tett tett tett gender bias alert, gender bias alert *lampu di dada ultraman pun berkelip laju* 

Tapi laki yang kena tinggal ni memang kesian la weh. Tambah-tambah yang stok setia habis, cinta habis. Tu la bang, ceq dah habaq awal-awal, sayang kat orang biar berpada! Tengok sekarang siapa yang merana? Bukan aku la yang penting, aku cool je ha dengar cerita kau sambil makan aiskrim Mat Kool. 

Tiga-tiga kes yang aku dengar, semua makwe dorang kene sailang dengan lelaki yang lebih stabil kedudukan dan kewangannya (macam tak kena pulak aku rasa word ni). Dua kena sailang dengan doktor, satu tak sure. Sailang bukan takat couple-couple je, tunang terus! Ha amek kau! Haha. 

Mula-mula mari aku cakap bagi side perpespective lelaki-lelaki yang kena tinggal tu;

Weh awat hampa buat kami lagu ni? Bercinta bagai nak rak kot, bukankah kita dah bercinta lebih 568 purnama? Mentang-mentang ceq technician je nak banding dengan doktor, tapi cinta ceq kat hang doktor tu pun tak boleh ubatkan. Ni ni, hati ceq yang tengah berdarah bak tercucuk duri bersalutkan racun ni, doktor hang tu boleh ubat kan ka? Amek hat orang tau, lepas tu tak bertanggungjawab! Bukan hang dah janji nak hidup susah senang sama-sama ka? Ceq gigih buat O.T selama ni kumpul duit nak kahwin, hang tak hargai ka? Takpelah biarlah ceq guna duit yang terkumpul tu buat plastic surgery tukaq muka macam Arjun Rampal, baru hang ada akai!

Okay sekarang aku cakap bagi side perempuan pulak;

Weh kome, perempuan memang akan lagi secure dengan lelaki yang lagi stabil kot especially kalau yang datang tu tunjuk effort lebih. Korang ni dari setahun setahun cakap nak masuk meminang, aku dah patut anak 2 pun takde apa-apa perkembangan lagi. Perempuan makin tua makin tak laku weh, korang ye la dah tua pun tak dipandang serong masyarakat. Lepas tu sibuk nak beli rokok la nak make up motor la kereta la. Ha kahwin la dengan motor korang tu! Cinta tak boleh bagi kami kenyang la. Harga beras bukan guna Ringgit Cinta tapi Ringgit Malaysia!

Relax relax, aku bukan backing perempuan hehe. Sebab kes-kes yang aku dengar ni, perempuan-perempuan tersebut agak kurang asam la. Boyfriends dorang bukan jenis kaki rayau ke apa ke, kerja weh kerja! Tapi tak la kerja hebat mana. Tapi kerja halal. Tapi okay la permulaan, fresh grad kot. Berapa banyak tapi daa. 

Aku tak berani nak cakap lebih sebab aku tak pernah ada kat situasi perempuan-perempuan yang terima pinangan orang yang dorang baru kenal tu. Tapi ikut logik aku sekarang, kalau laki yang aku bercinta sekarang ada kerja, sayang aku and aku sayang dia, aku akan usahakan untuk kahwin dengan dia after all ups and downs lantaklah kalau Kapten America datang meminang sekali pun. Percayalah, lepas kahwin, inshaAllah dah ada rezeki Allah sediakan, mungkin berganda dari sekarang. Just kita kena usaha. 

Tapi kalau kau bercinta dengan mat rempit, kutu rayau, pakai jeans koyak rabak, tu kau tak payah tunggu doktor engineer architect masuk meminang pun, lagi elok kau bla siap-siap haha. Lagi satu kalau laki tu memang tak tunjuk effort. Kalau aku pun turn off. 

Jawapan cliche aku pada lelaki tersebut 'Anggap lah memang dia bukan jodoh terbaik kau. Sebab kalau memang bukan jodoh kau, tak berpisah sekarang mesti berpisah nanti'. Dia angguk sambil makan kuih kuaci dan dia nampak redha, tapi hati siapa tahu? 

Ada sorang laki ni, mak dia datang jumpa aku, tanya betul ke perempuan tu dah bertunang dengan orang lain. Aku cakap la kalau dari cerita laki tu, betul la, sebab aku tak kenal perempuan tu. Tau mak dia jawab apa 'Ha bagus la, makcik memang tak berapa berkenan dengan budak tu'. See? Everything happens for a reason. Mak/ayah tak berkenan ni turn out mesti tak jadi. Sebab mesti ada strong reasons kenapa dorang tak berkenan. Just maybe dorang malas luahkan sebab anak dorang dah besar kan. Tapi maybe dorang mengadu kat Allah and Allah answers doa mak bapak tu that way. Just be positive :)

Rugi oo tinggal laki yang setia ni. Ni tahap bercinta paling cikai 4 tahun tanpa rekod curang. Perghhhh. Siapa nak, pm aku. Hahaha

6 comments:

  1. ni la salah satu sebabnya byk ustaz2 berpendapat couple ni tak elok. lagi byk kemudaratan dari kebaikan. kalu nak kenal orang tu tak yah couple pon boleh. lepas nikah couple la, baru susah nak clash hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesss betul sangat. Elok lah ambil pengajaran. Single senang tak kacau hidup orang and bebas nak buat keputusa hehe. Tapi zmn skrg, darjah 3 couple dah. Zzzzzz

      Delete
    2. Yupp...setuju. Single lagi bebas dan tak la selalu nak pikir pasal org lain je... :)

      Delete
  2. anak buah ankel darjah 6.. ada gf wechat rekod 6 bulan tanpa curang... hmmm... sekadar andaian ankel...

    ReplyDelete
  3. darjah 6? wechat? hahaha. nasihatkan lah dia ankel, suruh dia menikmati kehidupan kanak-kanak yg sebenarnya dulu. :P

    ReplyDelete
  4. yepp yepp.. but never deny our fitrah. just find it by halal way :)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance