Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 25 June 2015

Kek Batik & Shampoo Good Virtues Co.

Hi uolsss! Hari ni dah hari ke 8 puasa, macam sekejap je 8 hari tu rasa bila dah berbuka. Tapi kalau sekarang rasa lamanya nak habiskan 30 hari haha. Aku baru habis meeting, mak ai perit tekak. Nasib baik dalam 22 kes, bentangkan 9 je. Kalau bentang 22 tu, mau berbuka ni haha.

Whatsapp group family aku kuangjoo kau tau, start pukul 12 mula la hantar gambar air ais dan makanan-makanan yang mengiurkan. Malas aku tengok, menyakitkan hati! Haha Tapi puasa kali ni aku rasa perit tekak betul maybe sebab dah biasa minum plain water banyak . Puasa ni minum banyak plain water rasa nak muntah, tak tahu kenapa.

Kelmarin tengah sembang-sembang kat ofiice sementara tunggu 4.30 petang, mula la macam-macam menu terkeluar dari mulut masing-masing. Bertukar-tukar resipi siap. Ada sorang kakak ni cerita pasal kek batik, which aku tak pernah buat. Tetiba teringin, terus mintak resepi.

Terus message ayah suruh beli biskut Marie sebab bahan lain cilok bahan biskut raya mak aku je haha. Percubaan pertama failed! Hahaha bangang sangat buat biskut batik pun failed. Aku biar lama sangat atas api, so dia keras jadi coklat Milo, sedap jugak buat ratah, masin butter sikit, jangan tuduh aku tak puasa, aku buat lepas Maghrib eh :P. Bising la Mak aku sebab ranap seketul buttercup dia. Haha

Percubaan kedua Alhamdulillah menjadi.Tapi masin sikit sebab buttercup memang masin, mana aku tau haha. Tapi sedap je aku makan sebab masin berlemak butter dia rasa milky sikit. Entah macam mana nak explain. Tapi lepas ni nak guna 3/4 je la butter or try jenama lain.


Bahan-bahan. Cara fikir sendiri! haha

Malam semalam aku pergi Watson dengan Mak. Aku tak boleh la masuk tempat-tempat macam tu, rasa semua nak beli, tambah-tambah semalam payday haha. Tujuan nak beli scrub St. Ives je. Bila masuk mata aku tak semena-mena tertancap (amboi bahasa) kat botol-botol shampoo yang mak aiiiii lawanya. 

Terus Iolss melencong bertenggong kat situ. Tengok harga murah sebab ada less 30% sekarang dekat Watson kalau beli barang dalam 1 resit bernilai RM20. 1 resit boleh tambah 3 barang tertentu and dapat 30% discount. Ha tak pasal aku promote Watson. Semalam buat dua resit so boleh beli 6 barang diskaun 30%. Pengguna yang bijak haha.

Ni la sahampoo nya. Aku siap beli conditioner dengan serum. Sebab apa? Sebab botol lawa haha. Bau pun wangi. Hasilnya tidak lah aku tahu lagi. Tapi serum tu wangi gila oi. Fresh + sweet + floral bau dia. Aku pakai pagi tadi pukul 6.15pagi, sampai sekarang pukul 12.15 tengahari aku boleh bau lagi bau dia. Kalau siapa yang free hair maybe lagi kuat bau dia. Calm bau dia. Suka suka suka! (nada upin ipin)

Shampoo tu RM12++ je, tolak 30% dalam RM8++ je. Sama dengan conditioner. Serum mahal sikit, RM16++ takde diskaun.

Dibuat dari Habbatus Sauda dan yang paling penting halal ye youolsss! Boleh la dibuat juadah berbuka haha.

4 comments:

  1. gambar kek not found? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah tengok kek batik ke? Alala sian. Cuba google :P

      Delete
  2. macam mana produk tu. berkesan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm x tahu nak cakap, sebab pakai sebotol je. maybe dekat saya tak berapa nak berksesan. tapi serum dia terbaik.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance