Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 29 June 2015

Cerita semalam

Semalam pukul 12 tengahari aku dapat whatsapp dari boss suruh standby nak usher PM balik KL. Aku tak tahu pun dia ada kat Perak, tau-tau nak balik je. *merajuk* Hahaha. Time tu aku tengah buat biskut raya, penat weh buat biskut dengan keadaan cuaca panas. Nasib baik aku tak minat biskut sangat, so bau dia tak la mengundang.

Lepas Zohor aku tidur kejap, bangun nak Asar tengok ada whatsapp dari boss cakap kena standby kat airport Ipoh pukul 11.15 malam. Wuttttt?? Ia kan je lah. Memang kena la dengan slogan dekat surat-surat rasmi "Saya yang menurut perintah" -_-''

Semalam berbuka kat rumah Pah. Pah masak side dish, laksa. Kau hado side dish laksa siap telur siap fishcake. Nasi aku makan, laksa tak boleh ditinggalkan. 

Lepas Isya' dalam 9.30 aku gerak ke Ipoh. Aku tak suka datang lewat untuk apa-apa acara pun. I'm very punctual person and can't tolerate with people that can't be on time.

So sampai airport dalam pukul 10.45. Sekali boss bagitau PM tak gerak dari Lumut lagi. Hmmm eloklah aku termenung dulu sampai dia datang. PM sampai dalam pukul 12.00, Cinderella sangat hahaha. Lepas Imam Masjid Negeri baca doa, PM pun salam-salam dengan orang sekeliling, dia pun berlepas.

Aku tengok dari jauh je, tak kuasa aku nak berkerumun dekat orang ramai tu. Tapi flight kerajaan tu besar gila weh, time pesawat dah gerak, angin dia keluarkan fuhhh boleh terbang aku. Besar tapi naik 10 orang je. Huntonglahhhh. 

Tetiba aku terbayang macam mana la MH17 & MH370 tu terhempas yang off course lagi besar dari apa yang ada depan mata aku. Memang impak maksima la. Subhanallah, Allah Maha Besar dari segala-galanya. Al-Fatihah.

Tengah aku fefeling pasal MH tu, tetiba boss aku ajak selfie, terus on camera kakaka. 


Bila boss kau baik, setiapa arahan dia kau takkan cakap No punya. Dia siap bekalkan aku Nasi Arab untuk sahur. Thankyou boss, saya redha kena kerja sampai lewat malam di HARI AHAD. Saya redha.

Dekat pukul 1 gerak balik rumah. Pukul 2pagi baru sampai rumah. Aku terus gosok baju and sahur. Pagi tadi bangun nak pergi kerja rasa nak nangis sebab mengantuk! Nasib baik pakcik aku drive pagi tadi, aku pun tidur-tidur ayam dalam kereta. Ni pun aku separa sedar. Ammaaaa!

6 comments:

  1. untung dapat bos baik.

    btw done follow u dear, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
  2. uwaahh bestnya dpt bos cenggini, lawa pulak tu, heheee >_<

    ReplyDelete
  3. ankel selalu teringin nak smackdown kepala lutut bos ankel. sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha jangan ankel. bulan puasa ni. tunggu syawal nanti :P

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance