Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 25 May 2015

Short get away with Ros

Ya Allah rasa dah tak reti nak mengarang ayat informal. Selagi kehidupan aku adalah rutin biasa, memang tak ber update la blog ni. Bosan rupanya kehidupan berkerja ni. Kerja bagai nak rak, tunggu pay day, habiskan jugak bagai nak rak -,-. Tapi serius, sekarang susah gila nak menabung, duit keluar macam empangan pecah. Bila nak beli rumah ni? Bila nak beli kereta mewah? Bila nak kahwin? EH? haha

Dalam masa 2 bulan, aku dah reject dua orang yang ajak aku kahwin. Beratnya nak ulas isu ni, bukan aku memilih tapi.......nantilah aku cerita. 

Khamis lepas Ros datang rumah aku, lepas Maghrib kitorang pergi berbuka puasa dekat Restoran Ciku-Ciku area Mydin Meru, dengan Muhammad sekali. Makanan dia aku bagi 4/5. Yong Tau foo sana sedap. Order bukan main mewah, biasalah tengah lapar. Dengan siakap 3 rasa, tomyam, sotong goreng tepung, kailan ikan masin; semua Muhammad bayar haha. Benci tau keluar dengan dia, dia je nak bayar, sampai gaduh-gaduh depan kaunter. Muhammad, please jangan kahwin cepat, nanti tak dapat pow kau lagi haha. Eh?

Lepas tu aku bawa Ros lepak kat Dataran Ipoh, jadi tour guide Ros, padahal minah tu orang Kuale je, poyo je dua-dua bajet tourist haha. Best tengok gelagat orang, tapi paling kagum tengok budak-budak main roller blade (tak habis kagum lagi from last visit) Rasa nak sekat kaki budak tu sebab tak puas hati dia tak jatuh-jatuh main menatang tu haha. Siap drift depan kitorang lagi, kuangjoo kuangjoo.


aku nak diri pun tak tentu boleh dengan roller blade ni T__T

Jumaat aku pergi kerja, tinggal Ros sorang dekat rumah sewa aku. Time rehat aku pergi ambil dia bawak pergi Angsana Mall, dia nak cari powerbank. Makan nasi beriani dengan laicheekang dekat foodcourt, hmmm sedapnyaaa.

Malam tu kitorang pergi tengok Pitch Perfect 2 dekat Ipoh Parade. Best weh, walaupun ramai cakap tak sesyok yang 1st, tapi bagi aku syok je. Final performance memang meremangkan bulu roma. Kali ni Treblemaker tak banyak scene sangat. Perghh kagum gila boleh buat A Capella. Aku nak bersiul pun tak lepas haha


Pagi Sabtu balik Kuale, singgah makan Kotiau Kicap dekat EJ Chemor, pun sedappp. Aku pelik orang boleh makan masakan Cina, walaupun dikhabarkan sedap macam mana sekalipun. Aku prefer masakan oleh Indians lagi. Makanan Cina memang sedap-sedap, tapi carilah orang Islam yang masak -_-''

Berseri la hidup di rumah sewa aku bila Ros ada. Kalau tak aku rupa tugu peringatan je, duduk dalam bilik sorang-sorang T__T

I will miss her at my home haha. #overlyattachedgirlfriend

Makin tua ni makin susah cari kawan baik, so setialah dengan kawan baik dari chilhood, they never disappoint you.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance