Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 21 April 2015

Kursus di hujung minggu -_-''

Last weekend aku pergi kursus, 3 hari 2 malam dekat Ulu Kinta. Apartment dia best gila, mewah. Lepas ni kursus ni pindah ke Ulu Kenas, sendu la siapa kena mandi air kolah hahaha.

Walaupun mula-mula merungut kena pergi kursus time weekend, tapi at the end rasa best sebab jumpa kawan-kawan baru. I olss sekarang kawan dengan mak bapak budak je haha.

Kitorang dibahagikan dalam kumpulan, and kumpulan aku best! Semua rancak, fasi pun sempoi habis. Memang praktis bebas bersuara, cakap la nak cakap apa pun. Oh kursus ni banyak belajar pasal undang-undang Malaysia.

Fasi tau aku background law, memang aku je la kena. Dah la panggil aku Nurul. Zzzzz. 

Nurul, hang dah belajar kan benda ni?
Dah, dekat U dulu, tapi saya banyak ponteng.
Pungkoq hang! 
Hahahaha

Dalam kelas aku antara paling aktif la, sebab aku paling muda. Lepas tu dorang cuba diamkan aku dengan cerita pasal hantu dekat kawasan tu. Pffft. Paling suka menyakat ada seorang ustaz ni, ustaz menyakat. Hmmm

Hampir 2 kali la aku nak kena baling dengan buku hahaha. Satu sebab aku menjawab. Dua sebab aku lukis muka aku dekat borang peribadi. Dorang nak gambar, mana aku ada gambar. So aku lukislah. Definisi lukisan bagi aku tidak lain tidak bukan adalah orang lidi. Hahaha.

Urusetia-urusetia semua lelaki, pendaftaran dengan sijil je perempuan. Semua baik-baik pulak tu. Aku tanya toilet teman sampai pintu toilet. Toilet sana creepy, tak tahu kenapa. Aku and kawan balik kelas malam teman sampai lif apartment. Pantang nampak muka aku tanya nak gula-gula or air tak hahaha sebab aku selalu request. Siap hantar masuk kelas, kawan-kawan kelas pun dapat benefit keh keh keh.

Takpelah kena korban kan weekend pun, janji ilmu dapat, kawan dapat. Ceyyyyyy Nadia dah matang!
Hahaha.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance