Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 24 April 2015

Fast & Furious 7 / Thumb's Cafe, Ipoh

Akhirnya lepas hampir sebulan kempunan nak tengok Fast & Furious, malam semalam dapat jugak tengok. Orang lain beratur bagai nak gila nak tengok Avengers, kitorang relax je masuk FF7, dalam wayang pun tak sampai half bilangan manusianya. Haha out dated sangat kau ni Beron. 

Last sekali memang sedih la tapi tak la sampai tahap nangis. Ada laki nangis tengok scene yang last sekali tu. Derrr?? Hahaha. Bagi aku kali ni punya plot dia kureng sikit berbanding sebelum-sebelum ni. Macam banyak 'cartoon'. Tapi action totap mantop!

Lepas renovate, 1st time aku pergi wayang Ipoh Parade. Dah tak sendu macam dulu. GSC lagikkkk. Mula-mula aku tak jumpa kat mana haha. Rupanya kat tingkat 5, penat aku berlegar dekat tingkat 3.

Pergi lambat tiket murah. Kikiki
 Nak tengok Avengers pulak lah. Siapa nak teman? Huahuahua

Ada ke ajak aku tengok cerita Cinderella? -_-''
   
Habis wayang kitorang pergi makan kat Thumb's Cafe, Ipoh. Area Greentown. Konsep kedai memang cantik, ala-ala hipster gitu. Dia guna macam rumah kayu lama. Makanan pun not bad harga dia, standard kedai lain la. More focus on western foods. Kedai rumah papan, makan western. Hmmm patutnya letak la ulam jantung dengan sambal belacan ke sambal kelapa ke, makan bersimpuh atas tikar mengkuang. Gituuu! Haha

Chicken Chop grilled Black Pepper sauce. RM12.00. Bagi aku biasa je. Ayam dia tak juicy, kering sangat, tercekik rasanya makan haha. French Fries pun keras, guna ubi kayu agaknya haha.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance