Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 3 April 2015

Early birthday gift from YES

Sekarang aku subscribe YES. 4gb data for RM58/month. After 20months, harga naik jadi RM68/month. So far connection okay, just bila dia nak upgrade memang 2 hari tak boleh connect huhu. Coverage pun meluas, rumah aku yang belakang hutan pun dapat. Modem dia kecik je, boleh connect 4 orang sekali. Time aku subscribe tu dapat Tab Acer yang sekarang jadi hakmilik tak rasmi adik aku -_-''

Aku tak subscribe mobile data sebab yang ni senang kalau travel, mak ayah aku sekali boleh pakai. Just leceh bila pakai baju/seluar yang takde poket, kena bawa handbag nak simpan modem dia. 

Semalam dapat email, YES bagi birthday present. 500mb extra data untuk bulan ni. Tu tak penting sangat bagi aku. Yang lagi penting dia bagi voucher. Wiwiwiwi. Ada 3 vouchers. 1 from Renoma Cafe (25% off bill and free a slice of cake), 1 Food Panda (RM10 off from order), 1 Zalora (25% off with no minimum purchase)

Cuba teka aku pilih yang mana? Nak ambil semua pun boleh. Tapi aku pilih satu je, tak bernafsu lagi dua tu. Renoma Cafe kat KL, Zalora bukan boleh buat kenyang pungg! 

Yayyy pandai, aku pilih Food Panda! Haha. Mestilah pilih makanan. Aku buka la website dia, tengok macam mana nak guna. Pilih location, sekali available untuk deliver kat rumah sewa aku (double Yaayyy). Oh Food Panda ni service deliver makanan from all available restaurants to all available locations. 

Banyak gila okay option restaurants yang ada. Cakap je nak tekak Melayu ke, Western ke, Jepun ke. Tapi dia ada minimum order la. Lain restaurant, lain minimum order nya. Mostly aku tengok minimum order: RM15.00. Delivery fee: RM2.00. And ada service fee: 15%.

Korang tengok la sendiri web Food Panda ni. Sesuai untuk orang macam aku yang duduk bujang, lepas kerja malas nak keluar, malas nak bersiap, plus takde kawan pun nak ajak keluar (HAHA lame) malas nak cari parking, nanti sampai rumah dah lewat malam, parking pun takde dah kene parking luar pagar. Delivery fee dengan service fee dah boleh cover duit minyak.

And thank you YES bagi voucher RM10. Dari makanan aku RM28.00, aku bayar RM18.00 je huehuehue. Boleh bayar on delivery pulak tu, takde lah risau dah bayar online sekali makanan tak sampai-sampai. Dah la duit kena songlap, perut pun lapar, hati pun sakit haha. Tapi nak bayar online boleh sajo. It's up to you.

Ada sesiapa lagi nak bagi aku hadiah birthday? Sport camera pun okay! Haha. Hadiah birthday from kerajaan Perak adalah aku kena attend kursus Modal Insan. Pfffft. Aku adalah insan yang bermodal okayyy! Haha

K bye. Bye.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance