Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 19 March 2015

Suasana malam di Dataran KTM, Ipoh

Semalam aku keluar dengan housemates aku, first time keluar dengan dorang. Naik motor, wuuu lama gila tak naik motor, malam-malam pulak tu. Syiokkk juge. Mak Ayah tak bagi aku naik motor actually. Aku sampai semalam, tiba-tiba nampak satu motor terpelanting. Hoi luruh jantung aku, petanda lawan cakap mak ayah ke apa? Wuuuu. Tapi tu la, errr naik kereta memang kau duduk dalam kereta je la. Ramai gila woi umat. Plus situ la stesyen train, kat situ la orang nak ambil penumpang, kat situ la nak turunkan penumpang, kat situ la orang parking nak berjimba.


Tempat dia memang cantik, layan la tengok orang malam-malam. Orang jual sekeliling pun banyak, jual aiskrim pasu la, nugget la, air, nasi lemak, sengkuang calit. Paling ramai buat sewa roller blade, mini scooter, kereta control yang boleh masuk budak tu, batang belon besar penyapu tu. Semua RM5 sejam sewa. Ni kalau MBI datang serbu, seronok dorang rampas barang-barang tu, boleh dorang pulak main haha.

Aku jalan satu round cari makanan, semalam tak rasa minat nak main, rasa nak lepak je. Padahal tak reti main roller blade hahaha. Aku tengok budak 3 tahun main sempoi je, siap drift, salute la kau dik! Err, ajar akak boleh? Haha. Macam-macam bangsa ada semalam. Tarikan utama air pancut aku rasa, memang cantik, siap ada budak-budak mandi. Fikir aku dah 25 je, kalau tak.....Kahhhh! 

Yang menarik perhatian aku semalam. Sambil makan sambil layan buskers. Layannnnn


Yang tengah tu handsome. Nasib baik yang paling kanan suara macam Ramli Sarip, so boleh la alih perhatian aku hahaha. Boleh la layan lagu-lagu dorang nyanyi walaupun majoriti lagu jiwang -_-''. Buat la lagu Hotel California ke, ni ada ke lagu Katak nyanyinya? -_-''. Hampir aku nak bangun request kat abang Ramli Sarip lagu Nickleback. 
Housemates kecuali yang tudung pink. Alhamdulillah, so far dorang memang okay. Best dapat kawan baru :)

Orang main belon. Sayang handphone camera tak cantik -_-'' Rindunya kat Z. 

Tempat ni meriah after Isya'. Just aku pelik ada yang datang bawa baby. Seriously parents? Satu, itu adalah malam, kedua bising kot, ketiga ramai gila orang. Helloooo anak kau baru lepas pantang takkan kau nak ajar dia main roller blade pulak, dia bukan faham apa pun, tidur je kot. Baiklah duduk rumah, kurang satu kereta parking haha.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance