Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 10 March 2015

Perubahan hidup

Rindunyaaa nak merepek kat sini. Dalam masa yang singkat, hidup aku ada perubahan. Tempat kerja baru, rumah baru. Yes. Since Form 1 sampai grad law aku duduk jauh dengan parents. Then buat chambering, sampai hujung bulan 2 tahun ni aku berjaya duduk rumah, makan sedap, badan gemuk haha

Aku dah sewa bilik kat area office aku, 4km je. Lucky me and thanks to officemates yang gigih tolong aku cari rumah. Sebenarnya possible je aku nak berulang, 45km je dari rumah, and last week duduk rumah Pah, 30km je nak ke office.

Tapi dengan kerja office yang berlambak, yang memerlukan sel-sel otak aku bergabung, at the end of office hours, I was really exhausted. Aku tak pernah keluar office sharp pukul 5, bukan nak tunjuk rajin tapi kerja memang banyak hoiiiiiii! Nak drive pun separa sedar. Ada satu petang tu, aku nampak traffic light merah but I had no attempt to stop sebab aku macam di awangan and couldn't digest red means stop. Arissa pun tau merah kena berhenti -_-'' Bahaya kan? So better aku cari bilik sewa, weekend baru balik.

But seriously guys, travelling early in the morning, around 6.30am, it was so calm. Gelap dia lain dengan drive malam. I like that part. Rindu nak drive pagi-pagi buta lagi walaupun jam :P Sekarang 7.30pagi baru aku keluar.

Kerja tempat baru, so far so good. Still nak biasakan diri dengan environment kerja yang baru, skop yang baru, staffs yang baru. Tadi aku siapkan paper work untuk meeting pasal satu kes ni, then boss aku editkan. Dia cakap "Nadia, slow-slow awak belajar ye macam mana nak buat ayat management, ayat awak ni law sangat, baca atas bench boleh la haha"

Luckily, bos aku from law background jugak, so dia faham. I learned a lot from her. Alhamdulillah dapat bos yang baik, yang tak kedekut ilmu. Dia ajar sambil buat nota untuk aku. Hadooo? Aku dengar je haha. But I take serious when it comes to work. Poyo. Hahaha

Selain mengajar, dia selalu jugak selitkan tazkirah untuk aku dan selalu menggesa aku untuk ada boyfriend :P

Nadia, awak takde boyfriend? Seriously? Kenapa? Awak buat apa time dekat uni?
Hmm, belajar?

Hahaha, ye ye jawapan aku macam membohong di situ, tapi takkan nak jawab aku main pulak kat uni dulu, walaupun hakikatnya ya bahahaha.

Nadia, hidup kena enjoy, pergi cari boyfriend.

Nadia, ni saya nak bagi makanan untuk awak malam ni. Ke awak nak dating? Kalau nak dating saya suka haha.

Nadia, awak ni betul ke takde boyfriend? Nanti yang kat luar tu (staff lain) carikan, tiba-tiba awak taknak sebab sebenarnya dah ada boyfriend, kecewa dorang nanti.

Boleh tahan bos aku ni, mentang-mentang anak dah 4 :P

Speaking of staff lain, baru 7 hari aku berkerja, aku dah dapat 2 calon suami. Dan salah sorangnya dah ada gambar aku T_____T. Mengapakah memperlakukan aku begitu sekali? Aku tak marah dan aku tak la suka setiap kali dorang cakap hal ni, sebab serious aku malu sampai tak tahu nak respond apa. Setiap kali dorang usik aku senyum je.

Office aku takde makcik-makcik jual tuppeware ke tudung ariani ke, takde. Yang ada matchmaker :P

Aku cerita kat Mak pasal dorang nak kenalkan aku dengan someone. Mak cakap "Kenal la, janji cukup solat apa salahnya, kamu nak tunggu apa lagi?" T____T I didn't expect that as an answer.

Dan sekarang kenapa semua orang tak percaya aku takde boyfriend? Siap muka terkejut, mulut nganga, mata terbeliak, dahi berkerut bila aku cakap aku single hahaha. Why so funny? Apa yang membuatkan aku wajib ada boyfriend? Kemonnn, single is simple, couple make trouble (each case is vary).

Dah la aku nak tidur, nanti ada masa aku bebel lagi kat sini. I always miss you blogmax :P

Dan aku tarik balik assumption aku yang kerja kerajaan relax. Tak okay, tak!

Never assume unless you've been there and done that.

Semakin hari makin aku sedar, percaturan Allah tak pernah silap, sentiasa tepat, cantik dan kemas.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance