Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 5 March 2015

office baru

4th day kerja tempat baru and it's overwhelming. Baru dapat 2 tasks kakaka. Alhamdulillah task still in legal field :) Ingat 1st week boleh la rest dulu. Kot la 'Takpe Cik minggu ni Cik rehat dulu, mesti penat kerja pejabat lama tak habis lagi kan'. Tak ye, tak! Haha

Masih try cope dengan kerja baru. Hope okay la. Bilik pun baru dapat hari Selasa, barang pun tak lengkap lagi, network pun tak connect lagi.

So far so good. Staffs pun baik and friendly, bos pun begitu. Alhamdulillah. Lunch tetap sorang² T____T Bungkus makan kat office sebab dorang yang lain selalu makan pukul 11. Perut aku pukul 1 baru lapar nasi. Cafe pun bawah office je.

Another thing is penat berulang la. Sekarang aku stay rumah Pah. 30km dari office, tapi perjalanan sejam jugak sebab jam -_-". Petang dekat pukul 7 baru sampai rumah, keluar pagi dalam 6.40. Susah rupanya nak cari rezeki ni ye adik².

Dulu bukan main manja kau kan, lepas Subuh sempat tidur balik, office start pukul 9, rumah sekankang kera dari office, lunch balik rumah. Sekarang kau rasa, rasakan! Hahaha. Aku ada cari bilik sewa tapi tak jumpa lagi.

Moga Allah berkat.

Bye nak semak file and study case yang dah rupa dua KLCC.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance