Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 16 March 2015

Mak yang magik

Mak. Semua orang dalam dunia ni ada Mak. Jangan jadi macam sepupu aku, eh kita mana ada Mak, kita ada Umi. Aku cepuk jugak budak kecik ni karang haha

Sekarang aku bukan nak cerita pasal Mak korang sebab aku tak kenal, aku nak cerita pasal Mak aku. My beloved Mummy.

Mak aku ada kuasa magik. Mak kau ada? Kalau ada, mak kita boleh tubuhkan satu persatuan Mak-Mak Magik (3M). Mak aku punya magik dasyat ooo. Aku harap bila aku jadi Mak nanti (InshaAllah), I have that magic power hehehe.

Aku kalau nak makan apa-apa, aku tak payah zahirkan pun, aku just berkata-kata dalam hati, tup tup esoknya Mak aku masakkan. Magik kan? Sumpah aku kagum dengan instinct Mak-Mak ni, pemberian Tuhan sungguh. Bukan je bab makanan, tapi semua bab. Ye la kita dah connected dengan Mak sejak dari alam rahim lagi kan.

Another thing about my mum is, memory dia sangat superb. Dia macam personal reminder aku. Aku pakai baju apa Selasa 2 minggu lepas pun dia ingat. Kawan sekolah rendah aku yang pindah time darjah 2 pun dia ingat. Yang peliknya, aku tak ingat semua tu! Haha.

Makanya selalu la bergaduh

Ye ke Mak ni?
Yeeeee

Tapi memang ye! Lagi satu Mak aku macam ada sensor. Aku punya la cari sesuatu barang tu di segala pelosok rumah, bawah katil, dalam lubang jamban, dalam kotak kasut, belakang almari TV, tetaplah tak jumpa. Bila da give up baru tanya Mak (selalunya tak sampai 5 minit cari dah give up haha)

Mak, nampak tak mana Nadia letak raket Nadia?
Mak nampak hari tu atas almari bilik kamu.

Maka berlarilah aku ke bilik, dan tersergam indah raket aku atas almari tu. Weiiii apa ni??? Aku dah 10x keluar masuk bilik kot, tapi tak nampak, tak nampak! Magic jenis apa ni? Raket aku ni cari gaduh ke apa?

Lagi best kalau benda tu macam mustahil Mak akan tahu aku simpan kat mana sebab benda tu benda personal aku. But still kalau aku tak jumpa, mak jugak aku tanya.

Mak, IC Nadia hilang la, kat mana eh?
Bukan ke hari tu kamu bagi Nadzirah simpan ke, cuba cek dalam wallet dia.

Ye, memang ada dalam tu. Kuangjoo punya adik ambil IC aku. Tak2, aku yang bagi tapi aku lupa! Hahaha.

Mak memang power. Super duper power. I wish I can be like you one day. Semua orang kagum dengan Mak sebab Mak happy-go-lucky, macam tak pernah ada masalah. Dan semua orang senang dengan dia. Dia sangat ambil berat pasal family, tak kira la ipar ke biras ke besan ke. Aku tak ingat beza biras dengan besan, tapi obviously one of that Mak takde lagi :P

Dan Mak masak sedap. Bukan sebab dia Mak aku, aku cakap sedap, tapi diperakui SIRIM :P I have one atok sedara tiap kali datang raya wajib request mak aku masak Daging Malberi. 2kg untuk family dia je. Dan boleh dikatakan setiap minggu ada je orang request dia masak.

Jawapan first Mak mesti, malas la. Sambil cakap malas sambil bangun capai kuali -_-''. Semalam aku request Nasi Goreng Udang untuk breakfast. Pukul 6 pagi dah ketung ketang kat dapur. T___T Terharu. Siap bawa bekal, satu bekas kecil je. Lunch tadi makan sikit, taruh dinner sikit sebab sayang nak habiskan. Sedap T___T

Kalau nak cerita kebaikan Mak, sampai dia ada cucu 12 pun tak habis lagi :P Hanya Allah je boleh balas segala kebaikan Mak, tu yang aku doakan setiap hari.

Selamat Hari Jadi Mak (14.03.1967). Nadia doakan segala kebaikan di dunia dan di akhirat Allah kurniakan untuk Mak. Nadia doakan mak diberi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, dan dilindungi dari sebarang kecelakaan. Nadia doakan Allah sediakan syurga terbaik untuk Mak, sebab syurga je yang layak untuk balas segala penat jerih Mak di dunia ni.

I love you, lillahita'ala.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance