Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 23 March 2015

Ayah oh ayah

Ayah is very over concern, over protective, over his family members especially us, his children, Mak, his wife, including his siblings, nieces and nephews. But off course with us it goes beyond the top haha.

Kalau kitorang sakit, Ayah yang tak tidur malam, mak tidur lena sebab dia tau ayah ada berjaga haha. Kejap-kejap dia masuk bilik, betulkan selimut, letakkan vicks. Dulu bilik aku ada connected door dengan bilik parents sekarang dah takde. Balik kerja orang first dia datang tengok mesti kitorang yang tak berapa sihat ni. Datang dengan soalan 'Demam lagi? Muntah lagi? Sakit perut tak? Ubat makan dah? Last makan ubat pukul berapa?'

Demam sikit terus bawa pergi hospital, ada yang pergi specialist terus. Sebab tu aku tak suka bagitau aku sakit kat Ayah hehe. Balik je dari klinik, wajib makan ubat. Kalau makan pukul 9 malam, dia kunci jam pukul 3 pagi kejut kan untuk makan ubat T__T Why oh why? Haha

Dia tak suka rumah Pah sebab rumah Pah banyak nyamuk! Hahaha. Kalau kitorang tidur rumah Pah dia akan make sure kitorang sembur ridsect satu botol dulu, dia suruh tidur dalam bilik, tak bagi tidur luar. Kalau musim denggi lagi la dia tak bagi tidur sana.

Kalau ikutkan ayah, macam-macam dia tak bagi. Dulu nak jalan-jalan boleh dengan dia je, sebab dia tak percaya gaya pemanduan orang lain. Ayah aku sangat-sangat-sangat cermat memandu. Tiada siapa yang akan nafikan. Sampai kadang-kadang Mak aku tegur 'Bang, laju sikit boleh?' Hahaha

Dia tak suka kitorang naik flight. Dia kata dia akan naik flight pergi Makkah je. -_-''

Ada masanya aku tak setuju dengan dia. Biasalah, aku manusia, Ayah manusia, we have different opinions. Aku jenis tak ambil kisah banyak benda, aku tak suka ubat, tak suka hospital, aku tak pernah rasa nyamuk gigit aku so aku tak bother ridsect wujud ke tak, aku suka bawa kereta laju, aku suka travel.

So very opposite kan? Tapi tak pernah gaduh mulut ke apa. Aku hormat setiap kata dia, hormat je, ikutnya tak hahaha. Sebab tu aku banyak buat benda dalam diam, kadang-kadang Mak jadi mangsa kena cover aktiviti-aktiviti aku huehuehuehue.

Ayah getting better. Dia dah bagi tidur rumah Pah, tapi dia hantar je lepas tu dia balik rumah, Pah pun faham plus dia takde kawan kat sana. Dia dah bagi naik kereta dengan siapa-siapa. Dia dah bagi aku keluar malam dengan kawan-kawan. Dia TERPAKSA bagi aku naik flight. Tapi bab kesihatan je tetap tak berubah. Oh dia dengan anak-anak susah say NO sikit behehe. Kadang-kadang mak pergunakan kami untuk mintak apa-apa, tapi kadang-kadang tak lepas jugak haha.

Aku tahu ayah buat semua ni sebab dia SAYANG. Dia tak pernah bagitau verbally  yang dia sayang. But actions speak louder than words kan? Dan Ayah tak pernah rotan kami, pegang hanger rotan pintu. Alololo

Dulu dia tak bagi aku kawan dengan lelaki, sekarang suruh aku kahwin pulak hahaha (?). Dulu dia tak bagi aku kawan dengan seafarer sebab dia cakap dia bagi aku kahwin untuk lelaki itu jaga aku, bukan tinggalkan aku. Tapi satu hari tu dia cakap, takpelah kalau itu jodoh aku. Hoiii aku dah clash waktu tu, takkan nak suruh laki tu masuk meminang aku balik! Kah kah kah! So anggap je la takde jodoh muehehehe. No regret, bahagia ada la sebab aku ikut cakap Ayah kan? Yang mana boleh ikut, aku ikut la, mana yang tak boleh aku PAKSA jugak dia redha hahaha.

Kitorang suka gelakkan perangai-perangai over concern dia. Comel kot! Hahaha. Jadi bahan usikan pulak, especially adik beradik lelaki dia. Takde siapa boleh kalahkan tahap kerisauan ayah.

Ayah very special in  his very own ways. Dia baik sangat dengan masyarakat sekeliling. Semua kenduri pergi, semua orang sakit dia lawat, semua jenazah dia ziarah.

Happy birthday Ayah! One year older, one year wiser :)

Nadia doakan kesejahteraan hidup dunia akhirat untuk ayah, atas segala susah payah ayah, besarkan kami. Nadia doakan ayah diberi kesihatan yang baik, rezeki yang baik, dan berkasih sayang sesama kita sampai ke Syurga. Tiada tempat balasan yang baik untuk ayah selain syurga. InshAllah

I love you, lillahi ta'ala.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance