Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 13 February 2015

What a dull week

Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan berita kes liwat Anwar Ibrahim. It was expected, but still....I don't know how to put that into words. Secara logiknya, melihat latar belakang keluarganya, it looks impossible. Tapi tak dinafikan jugak, benda ni tak mustahil terjadi.

I don't read the judgement yet. And I'm not the judge. Only Allah knows the truth for what really happened between them. Undang-undang dunia ni, aku dah tak percaya. Sebab kita manusia, we have flaws. Keadilan boleh dikaburi dengan harta, pangkat, kemewahan. Hanya Allah Yang Maha Adil.

Wallahualam. Harap keluarganya tabah, dia salah ke tak ke, benda ni isu yang besar, melibatkan maruah keluarga, agama. Plus he's poltician. The impact is big.

Ada yang komen 'Jumpa di mahkamah Tuhan'

Dan ada yang reply 'Kau ingat kau ada masa ke nak tengok perbicaraan kes dia kat sana nanti'

That's not the issue. Memang kita tak ingat siapa dah 'time' tu,  kita pun resah dengan 'perbicaraan kes' sendiri. The point is, orang menganiya ke orang teraniya ke, akan dapat sebaik-baik pembalasan di 'sana' nanti. Hidup ini ujian. The truth will be revealed. Samada kita menyaksikan atau tak, at least we know satu hari nanti semua nasib akan terbela, semua akan dapat balasan yang setimpal. Dosa kita takkan ditanggung oleh mak ke ayah ke suami ke anak ke jiran ke Perdana Menteri ke Sultan ke. Cuma yang perempuan boleh mengheret ke neraka lelaki yang bertanggungjawab atasnya.

Walluahualam

Petang semalam kita dikejutkan dengan berita pengulas sukan Dato Hasbullah Awang kembali ke penciptanya di IJN.

Dengar berita tu, terngiang-ngiang intonasinya, suaranya menyampaikan ulasan bola. Ringkas, tepat dan padu. Dia memang legend. Suara dia ibarat penyampai utusan raya yang before this, always legend. 

'Wow jaringan yang sangat cantik dari Malaysia, mengecewakan penjaga gol pihak lawan'

You'll be missed. Al-Fatihah.

Dan lagi sekali kita dikejutkan  dengan berita pemergian seorang ulama' tersohor, yang dicalonkan antara 50 ulama terpengaruh dalam dunia, Tok Guru Nik Aziz, telah sampai janji nya dengan Allah. Sampai di sini saja perjuangan beliau. Seorang yang sangat humble. Walaupun aku tak pernah jumpa dia depan-depan, but peribadinya buat aku jatuh cinta.

Dapat berita ni semalam, rasa hilang satu lubang dalam hati. Feel empty somewhere. Tak sesedih kehilangan ahli keluarga terdekat, tapi kehilangan beliau sangat terkesan di hati, bukan untuk aku je, tapi untuk seluruh dunia, especially rakyat Malaysia.

"Teruskan perjuangan saya selepas saya tiada", antara amanat beliau.

"Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah menjaganya dari fitnah (seksa) kubur" [HR Ahmad dan Tirmidzi]

Dari Abdullah bin Amr ibn As berkata, aku mendengar bahawa Rasullullah SAW bersabda "Sesungguhnya Allah tidak akan mengangkat ilmu sekali gus dari hati-hati hambanya tetapi diangkatnya ilmu dengan mematikan alim ulama satu persatu sehingga tidak tertinggal seorang alim pun, lalu mereka mengambil orang-orang jahil sebagai pemimpin mereka. Dengannya mereka bertanyakan masalah-masalah agama dan mereka memberikan fatwa tanpa ilmu, Akhirnya dia sendiri sesat dan menyesatkan" [HR Bukhari]

Berehatlah Tok Guru, rehatlah dari kesesakan dan kelelahan dunia. Amanlah di sana, semoga Syurga menantimu, dan kita semua. 

Al-Fatihah. Jasamu kami kenang, hanya Allah mampu membalasnya.

2 comments:

  1. thumbs up!!post yg menyentuh hati.
    AlFatihah untuk yg telah pergi.

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah. moga roh mereka dicucuri rahmat :')

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance