Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 9 February 2015

sembang sorang2 #20

Aku memang literally takde kerja kat pejabat sekarang ni, semua pending. Nasib baik pakai baju kurung, kalau tak aku dah break dance dah kat office ni.

My weekend went well, physically. But not emotionally. :) I don't know why this feeling came so sudden, kalah kelajuan cahaya. It hurts somewhere inside my rib cage. And it's still there. And I believe it's just temporary (silently pray)

Hari Sabtu hari tu kitorang satu family buat solat hajat dan bacaan Yassin ramai-ramai. Budak-budak solat row belakang. Time sujud terakhir, kitorang  pun stay lama la sikit untuk berdoa, sujud kan posisi kita paling dekat dengan Tuhan.

Tiba-tiba, Kak Ngah (Today she turns 6) bersuara, time tu dia pun tengah bersujud

"Woi lamanyaaa! Tidur ke?"

Hahahahaha. Ya Allah Kak Ngah oi. Nasib baik masih ada secebis iman di hati kami, kalau tak mesti kene repeat solat hajat :'D

My uncle is getting better, Alhamdulillah. 

Hari Sabtu aku mak dengan adik pergi pekan, beli barang sikit. Time nak keluar tutup pintu kereta, bucu kereta kene betis aku. Perghhh, rasa terhapus segala dosa-dosa kecil. Sampai sekarang kaki aku bengkak biru.

Dah la terbeli perfume kereta bau ubat demam kanak-kanak. Tak suka. Mengimbau kenangan time kecik berperang nak makan ubat haha

Hari Ahad sambut birthday Pah. Pah masak nasi tomato. Sedapnya. Cik Ani beli Dominos Pizza. Sedapnya. Cik Sani beli KFC. Sedapnya. Mak buat agar-agar laici. Sedapnya. Maksu buat kek coklat. Tak tahu sedap ke tak sebab aku curi pagar (kitkat) dia je hehe.

Pah requested to follow me on Instagram *dua-dua tangan di pipi* And she's 75 Hahaha. What kind of nenek I'll be? Haha

Aku tak tahu kenapa aku suka tengok parut-parut kat badan aku. Each of them remind me to their own memories. And I feel like I lived my life to the fullest hehe. Parut paling panjang dekat kepala, 17 stitches, kedua parut apendiks, parut-parut lain yang biasa je, jatuh basikal, jatuh longkang, kena serpihan bunga api, kene iron. Parut di hati tiada siapa tahu. Eh? Hahaha

4 comments:

  1. nasi tomato, kfc, dominos, agar2, kek kitkat... whatt is all thissss?? hehe.
    eh gangster mmg suka tgk parut sndiri kan :p

    ReplyDelete
  2. that are heaven haha.
    Aah. tu lambang ke-gangster-an haha :P

    ReplyDelete
  3. Hi akk. Kita silent reader akk ( baca : omg femes nya aku ) lama dah kot follow baca blog akk. Saje tegur :) keep it up. Suka baca apa yg akk bebel bebel kan 😊😊

    ReplyDelete
  4. Hai. Haha mana ada famous (*insert muka malu2 here). Thankyou for reading my blog adik :)

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance