Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 2 February 2015

Sembang sorang² #19

Bosannya! Komputer office rosak, apa tak boleh buat. Baik aku cuti kan hari ni? Boleh jugak tengok TV ke movie ke kat rumah. Ni aku nak buat apa ni kat office?
 
Mintak2 la dokumen2 aku tak hilang. Menangis air mata darah aku kalau hilang semua files! Aaaa tu la degil lagi, orang suruh simpan dekat D, kau nanti la nanti la. Dah terlambat baru menyesal. Tak berguna dah Nadia. Tak guna dah. Ni la manusia. Dah terhantuk baru nak terngadah *Cewaahh berperibahasa*
 
Hari tu dah kena bebel dengan Abang Man, dia dah tunjuk sign nak sekeh kepala aku dah haha.
 
"Eee budak degil ni, berapa kali dah orang bagitau simpan dekat D"
 
Aku sengih je la. My mistake. Tapi aku dah sound Abang Lan selamatkan files aku dulu whatever happens.
 
"Abang Lan, buat la macam mana pun, selamatkan files Nadia dulu, kalau tak Nadia bakar kedai Abang Lan"
 
Haha . Sendiri salah lepas tu paksa2 orang. Apa tak boleh kau ni Nadia.
 
Penting weh files aku! Mati la kalau hilang T___T
 
Aku bertekad once komputer aku siap repair, terus aku simpan kat D. 1st mistake ampun lagi, kalau 2nd tu bodo nama dia haha.
 
Ni kira kau nak mengarang sampai petang ke apa? Bosannya hidup! Dah la sepatutnya hari ni ada clients nak sign agreement. Agreement tak print lagi! Hahaha (nada budak gigi rongak). Nasib kau la Nadia!
 
Dah la computer rosak, otak aku pun tak boleh function properly ni. Sebab tak boleh nak buat kerja ni, elok la aku membebel dekat kau blog. Nak membebel kat orang lain, orang lain ada kerja.
 
Aku tak tahu nak bla ke nak stay dekat pejabat ni. Banyak benda aku fikirkan yang last sekali tak dapat jalan penyelesaian. Dari bulan November hari tu aku stuck haha
 
Aku bertahan dekat office ni sebab staffs best, boleh bawa gurau. Macam Abang Man dah macam abang aku je. Dengan isteri dia pun aku baik, isteri dia kerja dekat mahkamah. Hari tu Abang Man suruh aku hantar barang ke isteri dia, aku pergi la mahkamah, lepas tu kena sound dengan Pak Guard sebab duduk kat tempat staff, aku tak park pun.
 
Aku diam je la, tak cerita kat Abang Man. Dia masuk pejabat muka merah je datang kat aku.
 
Nadia, tadi Pak Guard tu marah kau eh?
 
Terkebil-kebil aku. Mana dia tau ni? Aku iakan la. Benda kecik je pun. Mungkin dia rasa bersalah sebab itu hal dia.
 
Takpe, isteri Abang Man dah marah balik Pak Guard tu. Entah apa2 je la, selalu Abang Man tunggu situ kejap Pak Guard lagi sorang tu okay je.
 
Siap mintak maaf kat aku tak tahan. Haha relaks la Abang Man, kena marah dengan Pak Guard je pun, kalau kena tembak takpela Abang Man nak marah pun hehe.
 
Staffs lain pun okay. Boss pun okay. Hari tu dorang sembang apa ntah, aku tengah buat kerja time tu, tiba2 terdengar bos aku keluarkan peribahasa, habis madu sepah dibuang. Tak boleh jadi ni. dia ingat dia je boleh berperibahasa? Lalu aku menyampuk
 
Tu la kan, hanya jauhari mengenal manikam.
 
Semua terdiam tengok aku. Aku tak berputus asa, aku sambung.
 
Lembu punya susu, sapi dapat nama kan? Bagai aur dengan tebing betul la.
 
Sorang staff tegur aku, kau dah kenapa Nadia?
 
Saja je nak bagitau peribahasa yang Nadia tahu
 
Semua jerit kata aku senget
 
Hahahaha. Lalu aku sambung kerja macam biasa tanpa tahu apa terjadi sebenarnya.
 
 Cuma ada beberapa politik orang atasan yang aku tak tahan sangat. Tapi bila fikir balik, pejabat mana je yang tak bermasalah? Tapi tu la, aku still hanging. Nak berhenti nak kerja mana? Kerja 7E? Haha. Aku on je.
 
Aku tak tahu kenapa aku segan nak bagitau orang aku lawyer. Segan dia tak tahu nak describe.
 
Hari tu ada sorang pakcik buat ramah dengan aku
 
Kerja mana?
Pejabat peguam
Ohhh, kerani ke?
Hmm haaa haah
 
Berdosa tak menipu? Hahaha. Tak tahu la sebab aku tak suka kerja aku ke or aku rasa burden bila orang tahu aku lawyer. Whatever it is, apa nak jadi dengan hidup aku ni? Hahaha
 
-_-''

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance