Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 5 February 2015

Pandangan itu

Pagi tadi aku memandu ke pejabat,
Aku pandang langit, aku sedar ia akan runtuh,
Aku pandang gunung, aku tahu ia akan berkecai,
Aku pandang rumah-rumah mewah di tepian jalan, aku maklum ia akan roboh,
Aku pandang kereta-kereta, ia juga tak terkecuali akan hancur,
Aku pandang manusia dengan urusan masing-masing, mereka akan 'pulang', mereka tak mampu menolong
Lalu aku terpandang mata sendiri di sebalik pantulan cermin, teringat segala dosa yang menimbun tak setimpal dengan  kebajikan yang dah dihulurkan,
Saat  itu terasa mahu berhentikan kereta di tepian jalan;
Bersujud

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance