Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 17 February 2015

Kaki ku sakit

"Nadia kenapa jalan macam Penguin?" tegur seseorang.

-_-''

Tak tahu kenapa betis aku sakit gila, macam baru lepas lari 15km tanpa warm up (tak pernah pun lari 15km, warm up je pernah bahaha). Tapi seriously, seksanya nak jalan, nak turun naik tangga, nak solat. Wuuu rasa macam orang tua dah T___T

Ayah kata "Banyak jalan sangat la tu"

Mana ada. Time keluar Sabtu hari tu aku paling banyak duduk, plus aku pakai sneakers kot. Yang try heels 5 inch was Fazlina, aku tak terlibat! Haha. Tapi aku dah cop nak pinjam kasut dia kalau aku kahwin nanti, nasib baik kitorang satu size, jimat gua haha, Harap sampai turn aku heels tu tak patah lagi bahahaha.

Mak pulak kata effect betis aku kene hentam dengan pintu kereta hari tu. Memang sampai hari ni tak hilang lagi lebam. T__T

Macam-macam dah ubat aku letak, amex yoko-yoko ke apa entah nama dia, minyak panas, vicks, minyak sakit kepala, you name it. Jangan sampai aku letak minyak kelapa sawit!

Baru sakit kaki gini, tiba-tiba aku terfikir what if Allah ambil balik kaki aku? Wuuuu I can't imagine it. We always take little things for granted kan. Forgive me Ya Rabb. 

Moga cepat la hilang sakit kaki ni. Lusa nak jadi bridesmaid, macam mana I nak catwalk dekat red carpet kalau kaki terhinjut-hinjut hahaha.


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance