Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 23 February 2015

Kahwin

Tengahari semalam mak pergi kenduri, aku tak ikut sebab kenyang. Balik mak bawa goodies bag, dalam ada kurma dengan biskut arab disusun elok dalam bekas petak lutsinar, diikat kemas dengan reben. Aku main handphone sambil kunyah biskut arab. Mak dan Nadzirah bersembang.

Kenduri Ayong nanti kita bagi macam ni je, letak cookies, buat sendiri, tentu orang makan.
Letak kek cekik la, sampuk Nadzirah.
Cookies lagi senang nak buat. Simple je macam ni. Kan Nadia?

Masih mengunyah biskut arab, tanpa toleh ke mereka, aku anggukkan je. Senang jadi aku, semua benda orang fikirkan. Aku takde bakal suami lagi, doorgift kenduri aku tau dah nak bagi apa. Kau hado? Hahaha. 

Musim kenduri ni lagi aku pressure. Cakap pasal kahwin je mesti mak pandang aku. Orang tanya, siap suruh cari kan. Ayyoo ammaaa. Sebelum ni mak okay je, tak tahu kenapa tiba². Maybe because she married when she was 23 kot. And kawan-kawan semua dah dapat menantu. Peer pressure lettewww. Chill la mak! Haha. Kawan Nadia lagi ramai dah kahwin, Nadia tak rasa pressure pun. Pressure kena jawab soalan-soalan bila nak kahwin tu ye.

Marriage is not the only goal of life.

Tok kadi time Fazlina nikah ada bagi khutbah berbunyi 'apabila kamu kahwin, bermakna kamu telah melengkapkan sebahagian agama kamu'

Aku dengar khutbah kahwin siap², sebab Eyda pesan time sendiri nikah memang tak dengar apa haha.

Ok back to marriage, bukan aku tak nak melengkapkan sebahagian agama aku. Tapi benda ni need no rush. Bagi aku, biar lambat asal lama, dari cepat tapi sekejap. Lagipun banyak lagi benda aku boleh buat untuk agama ni, please my parents, the obvious instance.

Aku terfikir, kadang² kita nak sesuatu sebab kita difantasikan dengan kegembiraan mereka yang sedang memilikinya, padahal kita lupa apa yang mereka sorok dari kita, kita lupa buku kita dan buku mereka lain². Tak semestinya mereka bahagia, kita akan bahagia, tak semestinya mereka hidup senang, kita akan hidup senang.

Macam mana aku nak fahamkan semua orang tentang konsep ni? Haha. Runsing nak menjawab, karang kurang ajar pulak. Aku ni orang tanya banyak kali, boleh naik angin jugak haha.

Aku suka bila bersembang dengan orang yang kahwin lambat haha. Coz they never ask and they understand how I felt when people keep asking.

Pakcik aku naib kadi, baru² ni dia buat announcement kalau aku kahwin tak payah bayar duit nikah selagi dia bertugas kat sini la. Aku cakap jangan tukar selagi aku tak kahwin haha.

But seriously guys, I'm only 25 kot. Can you please stop it? I'm tired to answer all those questions coz I really don't have the answer. Why not you ask God on behalf of me instead?

Bila tanya semua perempuan yang dah kahwin, apa nasihat mereka tentang perkahwinan. All will answer SABAR. See, perkahwinan bukanlah sesenang yang kita gambarkan. Yang mereka zahirkan, gambar peluk depan cermin, isteri masak untuk suami, dorang pergi honeymoon. Padahal belakang. korang tak tahu apa sebenar dorang tanggung dengan kerenah masing-masing. Nak kahwin ni kena well prepared; mental, fizikal, ekonomi, rohani. Bukan main redah je. Bukan esok rasa taknak boleh cari laki lain ajak kahwin. Bukan boleh bila rasa bosan, biar suami terkontang-kanting sorang-sorang kat rumah.

Yang korang kecoh sangat nak aku kahwin kenapa? Huk aloh gelabah. Haha. Cepuk sorang-sorang tau la. Kalau datang kat aku bagi seorang laki yang kena dengan citarasa aku, nak sponsor perkahwinan aku, ha boleh cakap. Kalau tak, diam! Haha

Kadang-kadang rasa nak terima je sesiapa yang datang, biar semua orang diam. Tapi fikir balik, this is my life, not yours! I've right to decide what I want in my life. Supaya tiada penyesalan nanti. Dulu ada orang nak memasuk meminang aku, baik orangnya, agamanya, kerjayanya. Enough as starting point to be a husband. But my heart said, that was not the time yet for me. Aku tolak cara baik, aku minta maaf. He's truly gentleman, lelaki yang paling lelaki aku pernah jumpa bahahaha.

Now I can clearly see why all those things didn't workout before this. Bukan aku tak cuba, aku cuba. But importantly, no regret.

To be continued....

Bahahhahaha

2 comments:

  1. lek la umur 25 kbel baru grad haha

    ReplyDelete
  2. kan. gelabah betul semua org. mcm la tak kahwin masuk neraka hahaha

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance