Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 20 February 2015

Fazlina's Wedding

Petang Rabu office aku da off. Bukan main suka lagi aku. Who doesn't kan? Lagipun nak ke Lenggong attend nikoh Cik Fazlina kita. 

Dalam pukul 7 Mira dengan Eyda sampai stesyen bas Kuale, so kitorang terus shoot ke Rest House Lenggong nak siap² pergi Masjid Jame' Lenggong untuk majlis akad nikah.

Rest House Lenggong not bad la. Bilik kitorang 1 queen bed,RM90. Mintak iron, jawabnya semua iron rosak. Apakah jenis management? 

Dalam 8.45 kitorang gerak ke masjid, singgah ATM bagai, konon nak cari top up. Satu kedai je bukak. Kedai makan Cina -_-". Lenggong is Lenggong haha.

Alhamdulillah, the akad nikah went well dengan satu lafaz walaupun Deli lafaz punya laju rupa ETS haha. Janji sah ye dak?

Dah jadi Puan dah Fazlina. Dr. Fazlina dan Dr. Adli :) Dapat H.O tempat yang sama pulak tu. Betul la jodoh kuat hehe. 

Lepas makan kitorang balik bilik, pakai inai ukir. Eyda pakaikan, untung ada kawan graphic designer. Nak harap aku, buat garisan lurus pun senget bahahaha. Aku request bentuk Bumblebee, dorang buat² tak dengar. Cess! Haha.

Semalam, pukul 10.30 checkout, pergi breakfast and pergi dewan. Aku,Ros dengan Eyda tolong make up photobooth. Again, nasib baik Eyda ada. Kalau aku dengan Ros je, hmmmm haha.

Majlis went well, jadi kelam kabut sikit sebab pengantin stuck dalam jem. Lenggong jem, percaya tak? Haha. Ada accident actually. Tapi makanan memang superb. Sedap and variety. Majlis yang paling penting makanan bagi aku. Aku tak pernah dengar orang kutuk pelamin dengan pakaian pengantin. Makanan selalu. Nasi mentah la, ayam tak masak la, daging liat la, air terlalu manis la bla bla bla.

Kitorang bridesmaid makan lewat sikit sebab jadi dulang girls youollsss. Susah tau jalan ayu sambil bawa barang dan semua mata masyarakat menghala ke kau haha. Nasib baik takde tragedi terpijak kain ke, hantaran menyembah bumi ke phewww.

Lepas Asar ikut pengantin photoshoot. Over tak? Haha. Kitorang sampai dulu dengan photographer. Sampai² je kitorang pelik dia macam bawak ke ladang getah. Dia cakap kat pokok kertas. Aku pulak bayangkan bunga kertas warna warni. Rupanya baru aku tau yang aku sangkakan pokok getah adalah pokok kertas. Hahaha you are so noob Beron.

Photographer dia pandai buat kerja, I mean cara dia. Dia tau macam mana nak suruh posing, kat mana nak duduk semua. Yela, photographer kan. Bayar mahal² kerja mesti la superb. Senang nak interaksi dengan dia sebab dia kelakar, ramah, and boleh mingle. 1000 moments ke apa nama FB and IG dia. Dari Grik katanya.

Mula² kitorang sangsi jugak nak photoshoot dalam ladang tu. Dengan bawa ibu mengandungnya. Alhamdulillah everything went well. Takde pacat, takde ular, tak tersadung dengan ranting. And hasil gambar sangat menakjubkan. Kitorang semua wowwwww. Photographer pun buat muka bangga. Cehhhh.

Lepas maghrib aku dengan Ros balik la ke Kuale. Sumpah penat gila. Balik² aku mandi, solat terus tidur.

Nah belanja sikit gambar kitorang. Gambar pengantin tak banyak, rebutan ramai semalam hehe.

                     
The Dulang Women. Dah tak girls dah T___T

Us with pengantin. High-schoolmates. Deli kalau penatpun tak payah la tidur time tengah tangkap gambar dengan aku -_-"

With Cikgu Rozilah, cikgu KH. Sempat gosip sekejap bahaha. With ibu mengandung. And another one is isteri orang hehe.

Makan hati tengok vespa ayah Fazlina. Pakcik pinjam pakcik.

Ros. My only best friend in Kuala Kangsar. Tanpa dia, siapalah aku. Tanpa kami apalah sangat Kuala Kangsar ni haha. 

Pokok kertas. 

To my darling Fazlina and not my darling Adli.
May this marriage lead you to eternal happiness, here and hereafter. The key in marriage is patience and tolerance blend together with love and never forget the One, The All Knowing.
Selamat menjalani kehidupan perkahwinan dan H.O bersama. Kalau gaduh jangan lepaskan geram kat pesakit hahaha. 

I love you Fazlina. I really do and always do. Jadi isteri yang solehah, jangan ketegaq and loqlaq sangat haha. 
To Adli, jaga Fazlina kami elok², I know you will :)

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance