Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 31 January 2015

Tips online shopping

Haha poyo je nak bagi tips, macam bagus je kau ni. Aku selalu jugak online shopping, sebab bagi aku praktikal. Jimat masa, jimat tenaga, more safe sebab tak payah bawa cash. Maybank2u kan hado.

Ada Maybank2u memang bahaya dan kena belajar kontrol nafsu. Sebab senang je klik klik, tau2 je barang dah sampai. Eh bila aku beli ni? *cubaan pura2 kena pukau time beli*

So far Alhamdulillah, tak pernah kena tipu lagi dengan vendors. Ada je buyers yang beli tapi barang tak sampai2. Pandai2 la korang nak deal dengan siapa. So far aku tak pernah beli barang harga lebih RM150.00 via online.

Tak semua barang la aku beli online, especially baju dengan kasut, sebab melibatkan size. Kaki aku ni ikut musim, kadang size 4, kadang size 5. Baju pulak dalam online nampak lawa dan berkualiti, dah sampai rupa baju pasar malam.

Sekarang ni paling in aku rasa berniaga dekat Instagram. Berlambak vendors. Banyak jugak aku follow HAHA tapi banyak aku dah unfollow sebab aku mudah terpengaruh. Bagus jugak vendors yang private IG ni. Hehe. Kadang2 aku cuci mata je, window shopping katako.

Sepanjang berkecimpung dalam dunia jual beli online ni (cewah) I found out some tips to be a genius buyer. Tak pandai bawa kereta takpe lagi, jangan tak pandai jadi pembeli haha.

Hari tu aku tertarik dengan satu benda ni dekat IG. Dia jual RM55 dengan jaminan paling murah berserta percuma postage dan battery. Tapi aku tahan nafsu dengan berpuasa. Haha. So aku tak beli la dulu, tunggu duit runtuh dari langit. Then aku google la benda tu nak baca reviews. Bab ni rajin ye kau membaca, sotong ada berapa kaki tahu tak? Haha. Sekali aku jumpa exactly same thing kat Lazada dengan harga jeng jeng jeng RM35.00 sekali postage. I'm a happy kid. Terus bukak puasa hahaha.

Then aku nak cari casing handphone baru. Bukak Lelong. Ternampak sticker untuk handphone aku. Macam menarik. Tapi rasa mahal sangat pulak. RM50.00. Hmmm. Kat situ dia ada bagi link facebook if nak tengok designs lain. So aku bukak la. Then aku personally whatsapp vendor tu, tanya pasal design, and saja la tanya pasal harga. Kot2 la dapat diskaun, sekali dia bagitau RM35.00 je sekali postage. Apakah perkara yang lebih menggembirakan dari ni? Haha

Aku cerita kat officemate aku, dia cakap memang la sebab kat web macam Lelong tu mesti ada charge iklankan kat situ. Ohh yee kee? Now I know.

So konklusinya, berbelanja la dengan bijak. Hehe.

Dan kepada vendors, as a buyer I want to suggest you, my humble opinion. Ehemm haha. Sebagai pembeli aku tak suka ada postage fee. Rasa satu bebanan haha. Apa kata korang campurkan duit postage sekali dengan harga barang. It's psychology you know, psychology haha memandai je aku.

Bagi aku,
RM45.00 exclude postage is more expensive than RM55.00 include postage.
Ke aku sorang je yang psycho? Hahaha

Dah la selamat berhujung minggu. Gaji tak clear lagi. Ciss! Tak boleh nak online shopping haha.

Kepada Maybank, terima kasih la buat web online yang user-friendly. Bayar kereta, shopping online, beli topup, bayar hutang, semua Maybank2u je. Muahhh sikit hehe.  

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance