Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 5 January 2015

Qadr

Semalam aku tengok cerita Qadr sebab ada Zahiril Adzim dengan Beto Kushairi berlakon. OMG both are so cool. Kenapa dah kahwin? Kahhhhhh. Dorang ni memang jarang la terlibat dengan cerita2 typical Melayu. Tu cerita lama rasanya. Baru nak tengok? Hahahaha loser!

Cerita ni buat aku terfikir banyak benda. Bagus jugak cerita yang boleh buat kita berfikir ni. Antara kesimpulan yang aku boleh buat berdasarkan cerita Qadr ni

1. Everyone has their own story. Kita tak boleh judge seseorang tu sebab kita memang takkan betul2 kenal seseorang. Kadang2 mungkin diri sendiri pun kita tak kenal. Hanya Allah yang kenal kita

2. Jangan mengata orang sebab satu hari nanti ianya akan berbalik kepada diri kita.

3. Buat baik akan dibalas baik. Kita takkan pernah menyesal berbuat baik.

4. Untuk mensyukuri nikmat Allah, kita kena tengok orang yang kurang bernasib baik dari kita.

5. Semua ni hanya pinjaman. We can't blame Allah if He take it back from us, because it never be ours.

6. Counting every little tiny things as blessing. Sometimes we're too busy chasing something that not fated to be ours and never appreciate what's already belong to us

7. Ujian diturunkan atas pilihan yang telah kita buat. Ujian ni samada mendekatkan kau lagi dengan Tuhan, or sebaliknya. 

8. Whatever situation Allah puts you in, always return to Him. Allah yang bagi ujian, hanya Dialah yang dapat selesaikannya.

9. Selagi tak mati, jangan berputus asa, rezeki pasti ada. Just janganlah kau mengangkang depan TV dan mengharapkan segala iklan2 tu boleh mengenyangkan perut kau.

10. Untuk ibu bapa pasakkan Agama dulu dalam diri anak-anak before anything else.

11. Orang yang kita pernah 'tikam', mungkin satu hari nanti, dia lah yang akan tolong kita.

12. Beto and Zahiril Adzim handsome. Hahahhahahha My definition of handsome based on personalities. 

Bye!

Penguins of Madagascar dah habis tayang kat wayang, tak sempat tengok :(

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance