Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 15 January 2015

My 2 cents

Nak ikutkan hati dan perasaan yang jahat dalam jiwa ni, I believe everyone will hate me. Rasa marah, rasa hilang sabar, semua tu menjerumus kepada makian yang akhirnya akan timbul sesalan. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur (bergantung kepada kederasan air), terlajak kata buruk padahnya.

Nak ikut kan makian di dalam hati, berlori-lori dah. But I keep those bad words in that lorries, cuma kau jangan langgar lori aku, kalau tak, bertaburan la segala. Kalau dalam tu emas berlian takpe, ni sampah. Busuk.

Sampah yang memang dari aku dan sampah dari orang sekeliling aku.

Mak Ayah memang ajar dari kecil, mulut jangan biadap, hormat orang tua, no matter how they wrong. Aku kalau biadap memang kena makan penyepak, sebab kalau bagi makan cili, aku sukaaa.

Aku kalau nak bercakap, aku susun dulu ayat dalam kepala hotak aku ni. I will ask myself first, sesuai ke ayat ni? Menyakitkan hati tak kalau dituturkan?

Aku tak suka gaduh2 ni. Serabut. Aku memang tak suka serabut2 ni, sebab tu aku tak suka cerita hantu. Serabut terbayang-bayang kan mereka di mana2 kala bulan mengambang.

Sebab tu aku ambil semua benda mudah. Aku tak mengungkit benda yang lepas especially yang boleh mendarahkan kembali luka lama. Kalau rasa malas nak masuk campur, aku diam tak bercakap (cakap dalam hati je). Kalau tak payah nak diisukan, tak payah!

Semua orang buat salah. Cuma jadi manusia ni kau jangan mulut berbelit. Kejap kata macam ni, kejap macam tu. Ingat benda baik yang orang buat kat kita time kita rasa nak pijak perut dia. 

Dan jangan ingat diri kau sempurna.

Jangan

Jangan keluarkan perkataan yang satu hari nanti mungkin makan diri kau balik. Yang penting, sebelum bercakap fikir. Akal ada, guna! Jangan bazirkan nikmat yang satu tu.

Orang yang menyebabkan silaturahim terputus surely dimurkai Allah. 

Yang paling jahat, mengutuk orang yang beragama, mengadu domba hal buruk orang tapi hal buruk sendiri sorok. Boo yaaa.

Sometimes losing an argument is easy than losing the one we argue with.

We sin differently. Tak rugi mengalah dengan orang yang kita sayang. Jangan biar syaitan merajai jiwa. 

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance