Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 3 January 2015

Macam mana nak bersosial?

Ramai orang cakap aku sombong (How dare you?) Tapi bila dah lama kenal aku, ramai yang cakap aku gila (Again, how dare you?)

Aku bukan sombong weh, aku tak reti macam mana nak mulakan conversation.

Hai makcik, tengah sapu sampah ke tuu? Ada anak laki yang bujang tak? Dulu beranak normal ke ceasar?

Takkan macam tu pulak kan?

So I better remain silent. Unless you approach me first.

Aku sumpah tak tahu nak sembang apa dengan strangers. I will prevent to state the obvious, I will not too quick to ask about personal matters.

Someone texted me;
Hai Nadia
Hai
Eh tak tidur lagi?
Habis kau ingat ni saka aku yang balas ke apa?

Aku memang banyak diam dari bercakap, aku bercakap dengan diri sendiri dan dengan orang2 yang aku selesa je. Aku tak faham macam mana mak aku (or orang lain) boleh bersembang punya lama dengan random people. Mak aku memang peramah, kadang2 sampai aku naik marah tunggu dia habis bersembang haha.

Ada masanya pulak aku malas bercakap. Haha dasar kau ni Nadia, cakap pun boleh malas. Kadang2 I don't feel like sharing anything to anyone.

Kalau pergi kenduri kahwin, sesetengah orang akan masuk rumah tengok pelamin, tengok hantaran dan bilik pengantin. Akan sembang berapa hantaran, laki orang mana, bila nak sambut pihak lelaki bla bla bla. 

Soooo not me. Aku rasa awkward untuk tanya orang2 yang aku tak rapat those kind of questions. Lantak kau lah hantaran berapa pun, laki orang mana pun. Baik aku duduk luar repeat ABC ke aiskrim ke, berpekdah jugak.

Aku tak kisah orang tanya aku pasal personal tapi yang dasar je. Adik beradik ada berapa, anak ke berapa, ayah kerja apa. Mungkin sebab dah terbiasa dengan soalan2 ni di setiap sesi ice breaking.

Tapi aku pelik kalau orang tanya too deep. Gaji berapa sebulan, pakai kereta apa, dah beli rumah belum, kenapa tak kahwin lagi. Gila apa? Haha

Kadang2 bagi aku elok jadi busy body sikit2, at least we concern. Tapi aku belum tahap tu lagi. Kalau awkward sangat aku tanya la datang dari mana, lepas tu diam kalau dia tak tanya apa2 balik haha.

Ni kira aku dah improve banyak la ni. Dulu dengan family pun aku awkward. Duduk je dalam bilik, rasa kena sisih. Padahal tak pun, poyo je lebih feeling sorang2 haha. I try to mingle with everyone, eh no, the selected ones haha

Lagi satu, aku tak bertanya sebab bagi aku, kalau dorang nak share, dorang yang akan bukak mulut dulu. Especially bab masalah. Kalau nak bercerita, aku sentiasa sudi mendengar.

Ada bab2 pulak, aku tak akan bagitau kalau tak tanya, yang mana aku rasa tak penting nak bagitau.

Nadia tahu tak pasal benda ni?
Tahu
La kenapa tak bagitahu?
Tak tanya pun. Kau tahu ke?
Tahu
Dah tahu, buat apa nak tanya lagi.
Saja je la nak tahu Nadia dah tahu belum

Perlu ke? Haha

Dengan clients aku takde masalah sebab we talk about business. 

Tapi kadang2 kita kena buat2 ramah, kena langgar sikit prinsip hidup untuk bersosial dengan masyarakat.

Sometimes I prefer being alone but not lonely.

I really love my family and best friends because they are world to me. Kalau takde dorang, jadilah aku bagai katak bawah tempurung.

Aku susah nak cari kawan baik, Alhamdulillah Allah bagi aku yang betul2 suit dengan diri aku beberapa ketul kawan baik haha. I really Thanks Allah for that.

2 comments:

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance