Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 9 January 2015

Lebih mudah bergurau dengan lelaki

Aku ni manusia yang mudah terhibur, hiburkan diri sendiri or dari orang lain or dari makhluk lain. Binatang la, korang ingat aku ada bela saka ke? Haha

Dulu waktu aku kecil, aku rasa semua benda dalam dunia ni ada jiwa. Kalau nak asah pensel, aku bagitau pensel, it just a little pain. Kalau nak basuh pinggan, aku cepat2 bilas taknak dia pedih. Dah makin besar, aku sedar, aku taknak masuk Tanjung Rambutan! Hahaha

I find almost everything is funny. Dan aku suka gelak. Ada beberapa orang pernah cabar aku tak gelak sehari. And I did it, for 2 seconds. Haha. Tapi bila aku tak gelak dorang risau pulak.

Aku lagi senang bergurau dengan lelaki. Sebab mereka kurang sentap. Dengan perempuan aku berani gurau dengan kawan2 baik aku je, sebab mereka berjiwa jantan kah kah kah. Aku pernah gurau dengan kawan kerja aku, perempuan "Kau ingat kau cantik?" Terus dia diam haha.

Aku pulak jenis tak ambil hati untuk banyak hal. Huahuahua. Kan ramai cakap aku takde perasaan -_-'' Buang masa lah nak sentap2 bagai ni.

Hari tu keluar ramai2 dengan kawan baik makan Nasi Arab (sedapnya Nasi Arab *drooling*). Ada sorang kawan laki aku nak bertunang, Dia nak sorokkan siapa tunang dia, takut kitorang bully la tu haha. Kitorang tanya dia 'Weh bakal tunang kau tu macam kitorang tak?'. (krikkkk krikkk, cengkerik menyanyi girang, angin lembut menyapa muka, setelah nasi Arab habis setalam) Dia jawab: Kalau dia macam korang baik aku tunang dengan korang. Sungguh deep jawapan kau tu wahai sahabat!

Hari tu aku tengah texting someone, dia buat lawak aku nak gelak tapi kat pejabat so aku cover la sikit, walaupun orang kat pejabat tu tahu aku  kuat gelak haha. So aku senyum2 je la, tahan gelak. Then someone tegur aku

Nadia boleh tak jangan senyum2 time baca message?
???
I jealous
Haaaa?
Ada orang lain buat Nadia senyum
Hahahahaha jangan nak poyo sangat boleh? Pernah makan mouse tak?

3/4 hidup aku, aku banyak main. Aku serius time buat kerja je, kalau boleh main, aku main. Kemonnn life is fun haha. Hari tu aku bincang dengan bos aku pasal nak draft perjanjian kontrak antara subkontraktor dengan subkontraktor.

En. A, nak refer dorang sebagai apa eh? Sebab ni subcon dengan subcon, bukan subcon dengan maincon.
Letak la as Subcontractor 1 and Subcontractor 2
Hahaha dah bunyi macam Banana 1 dengan Banana 2 jee
Apa tu?
Alaaa cartoon tu. Bananas in pyjamas (nyanyi sikit) haha
Tak tengok saya cartooon2 ni

Elehhh cover la tuu haha. Nasib baik dapat bos yang boleh bawa bergurau. Tapi kadang2 kasar nauuu gurauan dia. Hari tu aku dengan dia attend client. Client tu nak buat Power of Attorney sebab dia kerja dekat UK. Boleh En. A introduce aku kat dia dengan confident nya

Ni Nadia, lawyer kat sini, single lagi
Diam En. A, diam 

Uwaaaaa sukahati dia je, malu aku, tak sanggup diperlakukan sebegitu rupa haha. Walaupun aku kuat main, aku ni pemalu hahaha serius, aku tak suka orang usik aku bab status. I have pride. Gitewwwww. Haha

Hari tu ada orang address aku as Puan Nadia. Then manager aku tegur, eh apa Puan2, cik, single lagi tu. I just awkwardly smile to that client. Aku tak kisah pun orang panggil aku Puan. 

Perlu ke nak bagitau aku single kat semua orang? Uwaaa haha. Tak payah bagitau, orang tengok aku pun tau aku single, awet muda hahahaha takde siapa nak sebenarnya hahaha -_-''

Ada lagi sorang ni lagi la saki hati bergurau dengan dia

Saya ni kalau tak kahwin lagi, dah lama dah saya meminang Nadia
Diam la En. S
Haha Nadia, kalau saya masuk meminang nak tak? Saya ada lagi 3 kuota. Saya pun muda lagi
Taknakkkkkk!
Hahaha kalau takdir jodoh kita bersama?
Nauzubillah haha
Hahaha perempuan lain kalau saya cakap macam tu laju cakap Alhamdulillah, awak cakap Nauzubillah, tolak rezeki betul.
Tu bukan tolak rezeki, tu tolak bala 
Haha jangan sombong bercakap Nadia, nanti termakan kata2 sendiri
Diam diam diam
Hahaha takuttt. Nak pergi mana tu?
Solat hajat, jangan dijodohkan dengan En. S haha
Jangan la macam tu sayang
Apa sayang2, nak kene tumbuk?
Hahahaha

Annoying much. Memang la aku tau dia bergurau, but bab2 ni tak boleh la buat main bagi aku. Kot2 ada orang sampaikan kat bini dia macam mana? Ada yang aku kena baling dengan telur tembelang karang.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance