Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 23 January 2015

Hari ni hari Jumaat

Tadi 12.30 tengahari aku turun tangga office. Dah janji dengan Tasha nak lunch sama-sama. Kami melangkahkan kaki ke KFC, dekat je dengan pejabat aku. Kami masuk, order snack plate.

Makan sambil sembang-sembang, cerita-cerita lama, cerita-cerita panas. Lama sangat tak jumpa. Rindu. Congrats Tasha dah habis Law School. You did it well. Welcome to the chaos chambering world hehe.

Pukul 1.30pm aku dengar azan. Dalam 1.45pm kami pun turun, Tasha nak zohor di rumah, aku pulak di pejabat. Sebelum keluar KFC, Tasha bungkuskan adik dia Cheesy Wedges. Di kaunter ada seorang Supervisor KFC. Lelaki. Melayu.

Lalu kami menuju ke arah pejabat sambil sembang-sembang. Aku nak ke bank, Tasha pula nak ke Cyber Cafe. Tengah jalan di koridor, aku bertembung dengan beberapa orang lelaki. Melayu.

With lovely Tasha. Tasha ni lemah lembut orangnya, sangat. Opposite me. Untung bakal suami dia. Bakal suami aku? Hahaha lu pikir sendiri!

Aku pun masuk bank, nak keluarkan duit. Menuju ke ATM, beratur di belakang seorang lelaki. Melayu.

Selesai urusan di ATM dan Cash Deposit Machine, aku menuju ke kereta, nak ke kedai jahit baju. Nak buat tempahan untuk jadi bridesmaid Fazlina, Chinese New Year ni. Aku ke belakang bangunan, tempat kereta di parking. Di belakang kedai ternampak sekumpulan manusia sedang berbincang. Dua India, dua orang Melayu. Lelaki.

Aku sampai pejabat balik dalam pukul 2.15 petang. Nampak beberapa laki berkopiah, berbaju Melayu bertebaran menguruskan hal duniawi. Mungkin mereka baru pulang dari Masjid.

Ye la, hari ni kan hari Jumaat.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance