Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 3 January 2015

Family time

Tengahari semalam Mak masak rendang Ayam. I don't really like makanan berasaskan santan. Masak lemak, lontong, rendang, lemang. Kari berselera la jugak, yang lain tu boleh matikan selera sikit.

Aku pernah cakap dekat khalayak ramai sambil minum susu kotak yang aku tak suka makanan berasaskan santan

Tiba2 ada seorang menyampuk;
Pelik Nadia ni, santan tak suka, susu minum pulak

Aku terkesima beberapa saat untuk digest ayat tu. Hellooo, santan is from kelapa, susu is from lembu. Sungguh lembu tak simpan susu dia dalam kelapa. Sungguh mereka tiada pertalian darah mahupun bau2 bacang

*tekup telinga lembu*
Don't listen to them CowCow, they'll hurt you. I won't. Just provide me some more milk please, it won't hurt you, isn't?

Malam semalam we had BBQ session. CikNor masak nasi Arab, Cutie buat puding, Cik Ain buat kek, yang lelaki memanggang, aku bancuh sos lada hitam haha. We had fun. Bergurau, bercerita, berjenaka tapi tak lupa pada yang sedang menderita.

 Doktor pulak suspek CikDuan kena TB. Do pray for my uncle.

Wankak asked Haziq, my 2 years old cousin.

Haziq nak kahwin dengan siapa?
Ayong (Ayong is me)
Ada duit dah ke?
Ada
Ayong cantik ke?
Cantik

At last, someone wants and aprreciate me. Hahahahaha. Tapi dia memang semua nak buat dengan aku. Pagi tadi menangis cari aku nak ajak main badminton. Kurus aku kutip shuttle cock.

Mashuren, cousin lelaki yang sebaya aku, bising kat telinga aku tadi.

Beron, bila kau nak kahwin? Aku kena kahwin lepas kau.

Hahahaha who says so? Kahwin la dulu, I never mind. Shuren ni kelakar. Dia ingat duit hantaran merangkumi semua. Bila mak dia cakap kenduri sendiri lain, cincin lain, hadiah lain, terus dia cakap 'Yeke Mak? Tak jadi la kami nak kahwin mak' haha.

I love all my crazy uncles,aunties, and cousins. I hope this ukhwah remains. Arwah Tok and Pah must be proud of us. I can guarantee that.

Perhubungan akan rosak bila ada batu api. Tapi mereka yang bijak takkan biarkan batu api itu memanaskan lagi keadaan.

Family side Ayah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Syura yang akan membincangkan dan cari penyelesaian terbaik untuk segala perkara berbangkit. Ayah selaku anak ke-3 mungkin akan jadi antara ahli jemaah tertinggi. Lalu aku angkat tangan vounteer diri jadi AJK Makanan.

Aku suka tengok all the twelve siblings of Ayah sangat rapat with each others. Lalu aku bercita-cita nak anak 12. Hahahahaha

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance