Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 1 January 2015

2014-not a good year to remember

Aku sepatutnya sekarang berada di Kelantan, sambut kenduri Wani side lelaki. Sepatutnya lah, after all Allah yang menentukan segala. Setelah ditimbang tara segala pros & cons, kami beramai-ramai decide tak pergi. Kenduri berjalan seperti biasa.

Jalan jauh, jalan teruk, bekalan air meragukan, cuaca tak mengizinkan, bekalan petrol lagi, sumber2 makanan, penginapan, dan macam2 lagi hal yang difikirkan. Tak faham2 lagi?? Allah bagi akal untuk berfikir, bukan jadi tengin haha

Lain kali kalau nak bercakap, fikir dulu perasaan orang lain. Jangan main bedal je. Jangan ingat kau bagus sangat, perfect sangat. Nampak tak aku tengah marah? Haha

Benda kalau nak mengungkit, Firaun dah bangun balik pun tak selesai. Alahai benda ni sepatutnya benda kecil je. Patutnya seringgit je terus jadi seratus ringgit. Try to understand others. Consider yourself in our shoes. Kalau kau kat tempat kami pun, we know what will you decide. Nak aku pulak mengungkit? Haha

Dah2 la tu. Tahun baru ni kita brainwash diri masing2. May we be better. Aameen

2014 was the saddest year;
MH370
MH17
QZ8501
Banjir besar melanda Malaysia
My uncle was admitted to ICU for about 3 weeks
Brazil kalah World Cup

Too many deaths

*al-Fatihah*

Hanya dua je achievement aku yang aku nampak;
I was admitted as Advocate & Solicitor of Malaya
I got my first car

Yang lain, biasa2 je

Mungkinkah sebab kita makin jauh dari Tuhan? Mungkinkah sebab kita lupa semua ni hanya pinjaman?

Tapi semua yang jadi, baik atau buruk, aku percaya ada hikmah yang tersembunyi

Aku difitnah beberapa kali oleh orang yang sama. Alhamdulillah orang yang dengar cerita tu, kenal siapa aku, kenal siapa dia. Aku tak takut langsung, just rasa nak maki dia tu ada la haha. Tapi aku takkan samakan level IQ aku serendah dia. Selagi boleh bersabar, aku bersabar. Bukan senang nak bersabar dalam bersabar. Rasa nak pecah dada haa haha.

I just pray that 2015 will be a great year for me, and all of you as well, compared to all the past years.

Azam aku tahun ni, to be a better Muslimah. Aameen I believe when I'm trying my best to be a better Muslimah, other things will fall into it places accordingly, exactly how it shall be.

Yang penting aku cuti sampai Ahad hahaha

Nak cari kerja kejap. Doakan gue.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance