Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 17 December 2014

Review Axia G AT

Hari tu ada orang suruh aku review Axia. Aku baru dapat seminggu, too early to judge. Tapi aku review la sikit based on 1 week penggunaan. Kahhh poyo! Dont expect me to use automotive jargons :P. 

1. Kereta ni ringan. It depends macam mana speed kau lah. Kalau kau bawak 60km/h-80km/h, then kau rasa sangat lah aman drive kereta ni, ibarat naik kereta control dekat funfair. Tapi kalau kau speed 100km/h, kau rasa nak mengucap sebab seakan-akan kereta ni terbang haha. Konklusinya, kereta ni untuk short distance sesuai la, bersiar-siar di pekan pun sesuai.

2. Kalau kau Sultan Kosen (eleh nak google la tu siapa Sultan Kosen :p haha), kau kena cabut seat pemandu dan control kereta dari seat belakang haha

3. Aku tak tahulah aku tak biasa lagi ke apa, paddle brek dia kau kena press dengan penuh istiqomah, laju sikit je terus rasa macam brek mengejut

4. The size is just nice untuk orang bujang. Kalau anak 8, nak jadikan 2nd car boleh la.

5. Seat belakang tak berapa sesuai untuk orang tinggi sebab penyandar dia pendek. Nak tidur duduk boleh menyebabkan sakit tengkuk yang kronik.

6. Permulaan nak drive, time speed baru nak naik ke 40km/h, dia rasa tak sedap sikit, macam bergetar and enjin nak mati. But after 60km/h, you'll get smooth driving.  RPM pun macam susah nak naik meter dia. Seriously I don't know what is RPM and how it's funtions, tapi RPM meter sebelah meter speed haha. Yang aku perasan meter RPM akan turun sikit time proses tukar gear haha I know I know, it still tak membantu. Sorry :P

7. The best part is, minyak jimat gila oi. Dah seminggu aku pakai, pergi Taiping, Ipoh, berulang alik dari rumah ke pekan, still ada half tank lagi. I love you la. Mmuahhh sikit.

8. Tingkap semua automatic, tapi pintu tak auto-lock. Kawan aku cakap kereta sekarang memang takde auto-lock pintu sebab faktor senang nak bukak kalau accident ke apa. Pun I can't explain further sebab tak faham haha.

9. Dari segi keselamatan and teknologi, untuk harga semurah ni, what can I say, it's worth it. Teknologi dia lagi canggih dari Saga BLM full spec 1st edition.

Tu je kot aku dapat review for now. Korang nilai sendiri la kereta ni okay ke tak based on your need and affordability. Bagi aku, it's worth every penny you pay to bank every month ;P

Mula2 aku dapat kereta, aku cabut plastik2 yang menyemakkan tu depan salesman. Terkejut dia haha. Dia cakap selalunya orang sayang nak cabut. Ah takde makna, licin kot plastik tu.

 Balik rumah aku nampak ayah ikat kaki ayam, aku dah terbayang rendang je untuk juadah esok. Sekali dia ikat kaki ayam tu sebab taknak ayam tu tidur atas kereta aku. Hahahahahahaha comel sangat dah kenapa perangai ayah aku ni? Tapi 1 malam je la -..-''. Kalau aku jadi ayam tu, bila terlepas mesti aku pergi sepak2 kereta ayah haha

Orang Kuala Kangso, kalau nak beli Perodua, meh aku reccomend sorang salesman, Proton pun dia boleh rasanya, kalau kau orang Perlis nak beli kat sini pun boleh jumpa dia. Baik orangnya, mudah berurusan dan tulus. Haha sumpah aku tak dapat apa2 komisyen ni promote dia ni. Aku tau sebab aku kenal dia sebelum aku beli kereta lagi, banyak urusan pejabat aku dia tolong, and dia kawan baik pakcik aku.  Even HQ Ipoh pun puji dia. 

Abang Mahadir
017-2122443

Korang hati2 tau, kat Kuala Kangso ada sorang salesman (nama dirahsiakan) suka makan duit client, kawan aku hampir terkena tapi Alhamdulillah Allah nak selamatkan dia. Perodua tak boleh bawa case lagi sebab takde bukti, customer bagi duit kat dia tak mintak resit. So beringatlah, apa2 pembayaran untuk jual beli, mesti kena ada resit. Ingat! Haha

Dah la, aku nak buat kerja, korang ni suka kacau aku! Hahahaha. Tadi dah la terlajak tidur, 8.45 baru bangun, kerja start pukul 9 woi! Haha. 

Aku pelik la semalam 2 3 orang message aku tanya kenapa aku deactivate FB. Aik? Aku dah lama kot deactivate, kenapa baru nak tanya? Nak stalk aku lettewwwww haha.Ke Mark Zuckerberg buat iklan seru aku activate balik? Bahahaha. Nantilah, bila aku rasa ada manfaatnya balik FB tu, aku active la balik hewhewhew, for now rasa belum lagi. 

Toodles!

10 comments:

  1. untong laa,kite punye blom dpt lg..bru 2 mggu sign prjnjian,booking hjung bln 9 lg..jenuh r nk tnggu..

    ReplyDelete
  2. Sy pun booking hujung bln 9. Rasanya dia ikut trikh booking bkn ikit trikh sign agreement. Sbr yeee :-)

    ReplyDelete
  3. nadia apasal xselfie ngn axia u..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangan tak cukup panjang nk selfie dgn axia :p

      Delete
  4. Nma salesman tu mmg ade abang eh dpn die? Ke awk yg letak :-P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Ada abang, orang sarawak.

      Hahahahahha

      Just kidding. Sy yg letak. :p

      Delete
  5. Ade minat abg sarawak lettewwww.. :-P

    ReplyDelete
  6. Baru2 ni sy pun ada bli axia. Sy nk tnye. memang enjin dia bergetar ke time berenti.?lps tu enjin dia mcm nk mati. Cth cam kat trafic light.atau kat mane2 je time berenti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm saya x pulak tiap kali benti. Tp ada satu masa ada rasa cmtu. U pergi service center bgtau. Bnda tu under warranty. Foc nnt dia btlkan

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance