Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 10 December 2014

Nadia, jangan merungut........

Aku sangat busy 2 minggu kebelakangan ni. Kerja kat office banyak ya amat amat. Balik kerja pergi hospital, malam baru sampai rumah. Kadang2 penat sangat tak pergi pun hospital, mak ayah je pergi. Jumpa mak ayah pun jarang sejak dua menjak ni, dorang pun busy uruskan hal family

If breathing need some special time, I might be dead by now. Ha gitu sekali kesibukan aku. Kadang2 sampai rumah malam tak sempat nak cuci muka apa, terus tidur. Nak korek whitehead ke blackhead lagi la takde masa. Nak main Hayday pun tak sempat
 -..-

Semalam sampai rumah pukul 10 malam macam tu, dari dalam kereta aku migrain teruk dah. Balik rumah ingat nak telan ubat, sampai je aku terus tidur. Pukul 1 terjaga baru la solat.

Macam ni rupanya kehidupan berkerjaya. Semput weh.

Aku bukan nak merungut, tapi gaji tak setimpal dengan kerja. Rasa macam cheap labour. Padahal yang atas-atas makin mewah aku tengok, perkerja2 duk la melangut kat takuk yang sama dari dulu.

Aku memang nak bla, nak berhijrah. Hijrah itu pengorbanan, hijrah itu perjuangan~~~

Kepada sesiapa nak cari bakal isteri, boleh bagitau, nanti aku hantar resume. 
Kah kah kah!

Sesiapa yang tahu ada kekosongan Conveyancing Lawyer, kalau baik hati boleh roger aku hehe.

Walaupun gaji ciput, kerja menggunung, amanah tetap amanah. Walaupun ada satu tahap rasa keikhlasan tu lenyap, reset balik niat di hati.

Toodles! 

2 comments:

  1. Send me your resume please..the calon isteri position ones :p

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance