Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 8 December 2014

Kursus kahwin Hasani, Ipoh

Krikkkk Dekedek Kedek.
Apa masalah kau calon suami takde lagi dah kompiden pergi kursus kahwin? Kahhhhh! 

Sabtu and Ahad baru2 ni, aku, Ros, Mira, Ili teman Faz pergi kursus kahwin. Teman bukanlah bermaksud kami hantar Faz dan melencong ke JJ Station 18. Teman here means, kitorang duduk sekali sebaris, meng-absorb segala ilmu rumah tangga semampu boleh dengan harapan boleh jadikan panduan bila dah bersuami kelak (entah bilanya pun haha)

Hasani Management terletak berhampiran Medan Kid, Ipoh. Pergi Medan Kid kalau tak nampak Hasani tu, hmmm 3 Jumaat je la lagi tu kah kah kah. Bayaran seorang RM80.00. Makan pukul 10 pagi disediakan dan dapat kupon 2 keping RM4 each untuk lunch di kedai sekitar Hasani. Pen disediakan, kertas nak lukis sampan, rumah, ayam pun disediakan. Buku yang lengkap untuk ceramah 2 hari pun disediakan. Pergi bawalah otak yang cerdas, sebab aku tengok perserta especially lelaki, perangainya seperti otak tertinggal bawah seat motor, pakaian pula tak menggambarkan seorang bakal suami yang unggul. Heh

Hasani ni very thoughtful, siapa yang tak daftar untuk PRU lagi, dia dah siapkan borang yang dah isi details kita, tinggal nak sign je. Sonang keje eden. I like. So sekarang aku adalah pengundi yang sah. Sah? Sahhhhh haha

Seronok pergi dengan kawan2 sebab tak awkward. Kalau pergi dengan pasangan, kau takde kawan dekat side perempuan, maka kau pun diam je kekonon mendengar dengan teliti padahal whatsapp dengan tunang di sebalik buku. Haha. Pergi dengan kawan2 tak payah nak cover2 gelak bila ada topik yang kelakar dan 'kelakar' haha. Kalau ada pasangan mesti cover kan? Kan? Mana boleh gelak secara gelojoh padahal selama ni gelak tak bukak mulut :P

Penceramah 4 orang ustaz dan seorang doktor. Penceramah semua kelakar, just ada satu slot tu bosan sikit, mungkin sebab aku mengantuk ke apa tak tahu haha. Environment pembelajaran tak berapa selesa bagi aku dengan faktor kerusi meja dan tiada microphone. 

Topik yang dibincangkan; akhlak, ibadah, akidah, kesihatan, procedures perkahwinan, pembubaran perkahwinan, pengurusan wang dan stress. Honestly 2 hari tak cukup (berani cakap sebab aku dah dapat sijil, so kalau lepas ni buat 7 hari hahaha padan muka korang!) Nak buat 7 hari ni dari tadika aku dengar dah, tapi tak laksana2 lagi, propa je semua ni 

Perkahwinan is a lifetime process. You can't expect to grab all the ilmu within 2 days. Lagipun setiap orang lain masalahnya. 2 hari ni just mengukuhkan asas kau. 

Ada satu kelas tu aku kena attack sebab nama aku Nurul haha. Ustaz random je panggil Nurul and unfortunately aku seorang je dalam kelas nama Nurul, dan aku marah kawan2 kenapa nama dorang bukan Nurul haha.

Ustaz ajar dalam rumah tangga kena ada Mawaddah + Rahmah = Sakinah. Mawaddah adalah kasih sayang, Rahmah adalah belas kasihan. Sakinah adalah kebahagiaan. 
Suami lepas dera isteri selalunya bagi alasan;
'Maafkan abang, abang menyesal pukul sayang, abang sayang sangat kat sayang, maafkan abang'. Rentikan, jangan percaya sayang2 bagai tu! Haha 2nd chance boleh, but not 3rd chance, hokayyy? Tu namanya ada Mawaddah tapi takde Rahmah. Mawaddah dan Rahmah must come together and can't be separated.

Ustaz tu tanya aku,
Nurul nak suami yang macam mana?
Yang boleh mendidik saya dan anak2 ke jalan Allah 
Cliche sangat jawapan kau :p. Dah tu nak jawab apa lagi kan? Takkan nak cakap nak suami mat rempit haha.

Bila ustaz cerita pasal Mawaddah, Rahmah, Sakinah, aku tertanya-tanya,
Macam mana keluarga yang Sakinah, yang berkasih sayang, yang bahagia, tapi tak jaga hubungan dengan Allah?
Ke aku yang tak faham konsep sebenar maksud Mawaddah dan Rahmah?
Tak sempat nak tanya ustaz hari tu sebab aku nampak karipap kat luar bilik tu macam memanggil-manggil aku haha

Banyak la belajar, nak cerita semua memang tak mampu. Bab pembubaran perkahwinan bagi aku penting jugak especially issue talak, bukan boleh buat main benda2 macam ni, melibatkan agama, nasab keturunan dan lain2. Aku baru tahu kalau nak mintak Fasakh, kena ada saksi. Contoh kalau kes dera, lepas lari dari rumah, isteri terus kena pergi buat report Polis dan buat pemeriksaan kesihatan, doktor dan polis la yang akan jadi saksi kelak. Jangan biar suami report isteri nusyuz dulu sebab keluar tanpa izin, kalau nusyuz, apa pun tak dapat nanti. So dengan reports la boleh counterclaim suami punya statement pasal nusyuz tu. Adab kencing pun belajar weh wakakaka.

Sebelum balik ada test. It's just for formality aku rasa. 40 soalan, yang musykil sikit maybe 2 soalan je. Orang kata, kalau tak dengar talk pun boleh jawab. Ha gituuu. Siap boleh meniru berbincang. Kalau tak lulus elok la pergi mandi dengan air zamzam haha.

Alhamdulillah dah dapat sijil pun. Ada sijil tak bermakna aku akan jadi isteri sehebat isteri2 Nabi dan para sahabat; Aisyah, Khadijah, Fatimah, Hajar. It's all go back to ourselves. Tiang yang kukuh, inshaAllah masjid pun kukuh. But bakal suami, I promise to try my best ;)

Cuma dah ada sijil ni, siapa nak masuk meminang, silakan hahahaha :p

*angkat2 kening*


Lepas kelas lepak dekat Shabu2 dari pukul 6-10 malam lepas tu semua meroyan sakit perut haha. Thankyou girls for the weekend. We had a great time absorb knowledge together.

Lepas pergi kursus ni rasa lagi berkobar nak sambung Syariah Law. Doakan aku ;)

7 comments:

  1. awk,sy ade bce yg awk nk bt review pasal axia..sy dlm proses pemilihan kereta..:p

    ReplyDelete
  2. sy x dpt lg axia nya haha. nnt dah drift, sy review hokayy? ;P

    ReplyDelete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance