Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Tuesday, 23 December 2014

Hari memperingati kekasih yang telah pergi

Sementara kerja banyak nak buat ni, elok la kita tangguhkan sekejap kakaka. Kuala Kangso dah 3 hari hujan tak berhenti. Sejuk dia bukan main menusuk ke tulang sumsum. Sejuk2 macam ni dapat hirup sup tulang best ni. Mandi pagi rasa macam nak buat style P.Ramlee je. Kumur pun rasa ngilu semua gigi.

Semalam aku mimpi tsunami. OMG that was sooo scary! Can't describe how I felt, sampai nangis2 la aku. T___T 

Sempena hari yang istemewa ni, aku teringat arwah-arwah tok dengan nenek aku. Rindu yang tak terungkap.

Teringat arwah Tok Nan. Semua claim aku cucu kesayangan dia (ehem *insert bongkak face here*) Dia suka usik aku. Dulu bila balik kampung, tengok TV mesti aku berselimut satu badan sebab kampung banyak nyamuk woi! Aku dah confuse tu rumah tok aku ke rumah nyamuk. Ada satu hari aku berselimut depan TV, tengok Tom & Jerry. Dia lalu nak ke dapur. Lepas tu dia patah balik, then pandang aku beberapa kali, macam pelik je gaya. Lepas tu dia sound 'aku ingat cucu aku yang 5 tahun yang tengok cartoon, sekali cucu aku yang tingkatan 5' hahahaha. I miss you Tok, I really do.

Dulu lepas arwah Pah meninggal, aku selongkar mesin jahit dia. Aku jumpa 60sen, then aku beli gula2. Lepas tu uncles aku takut-takutkan aku ''Kamu ambil la duit Pah, nanti dia datang mintak balik". Mereka pentipu! Sampai sekarang Pah tak datang pun mintak duit dia. How I wish it was true. Pah, bila nak datang? I can repay you back, even more, just ask. I miss you

Dengan arwah Tok Tahir aku tak ingat sangat, tapi saat2 akhir dia, aku ada. Aku nampak how doctor and nurses struggled to save him, but no one can say no if Allah wanted him back. Dulu kampung aku, rumah dia macam rumah iklan adabi tu, the windows I mean. Satu malam kitorang tidur bergelimpangan dekat ruang tamu tingkat atas, tingkap terbukak. Aku mimpi bayangan muka arwah Tok was there at the window asking for my ring and I gave him. Cincin tu aku baru beli semalamnya. And surprisingly, pagi esoknya aku bangun memang cincin tu takde kat jari aku. Jenuh cari 1 rumah, even luar rumah pun cari kot2 la aku campak ke luar tingkap time Tok mintak tu. Tapi takde. And till now I believe the ring is with him. :') Biarlah orang lain tak percaya, but I do.

Tok Nan, Nadia dah kurang tengok cartoon, anime tengok la ;) Pah, nanti Nadia bayar balik duit yang Nadia ambil tu eh, bayar dengan doa dan rindu cukup tak? ;) Tok Tahir, nanti sarungkan balik cincin tu tau kat Nadia. Simpan dalam poekt baju kemeja putih yang tok pakai time jumpa Nadia dalam mimpi tu, jangan hilangkan tau, ayokkk. Toks, Pah, jumpa kat syurga eh? Deal? Deal! :)

Ni aku nak tanya ni, korang tau tak hari ni hari memperingati kekasih yang telah pergi?
Mestilah korang tak tahu! Sebab ni aku reka je hahahaha. Suka hati aku lah, blog aku! Haha

2 comments:

  1. awak,mcm mane keadaan banjir kuala kangsor.risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air makin naik, x tahu la. Lets pray. Nnt sy upload gambar kat sini.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance