Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Wednesday, 24 December 2014

Banjir teruk di Kuala Kangsar

Since I was born, this is the worst. Hujan tak berhenti 3 hari, kadang2 lebat, kadang2 renyai, but continuous. Sejuk jangan cakap, rasa nak panaskan diri dalam microwave pun ada.

Air naik start petang semalam, bila empangan buka. Empangan kalau tak buka, pecah sendiri lagi la nauzubillah. Kuala ada 2 side, satu panggil Lembah, satu Pekan. For now Lembah dah terhapus dengan jayanya, Pekan atas bukit so air tak sampai situ lagi. If Pekan dah naik air, means satu Daerah Kuala Kangsar wassalam.

Siapa orang Kuale,tahu la ni dah nak sampai ke Jam Besar and kedai2 kat bawah tu dah tenggelam coz ini view dari tempat tinggi.

Memang jadi Ship la

Bumbung Arena memang tinggal bumbung je

Sekolah Memandu

Padang sekolah RPK dah boleh jadi kolam renang la cerita dia. Rumah aku so far Alhamdulillah tak naik lagi air. Kalau rumah aku banjir means satu Kuale banjir sebab rumah aku atas bukit sikit. The worst banjir in 1967 pun, rumah ni tak kena. Bukan nak cakap besar, but Alhamdulillah tak kena. Hope kali ni pun tak kena.

Marilah kita sama2 berdoa air cepat surut. Pagi tadi Alhamdulillah, matahari muncul di Kuale, but now dah mendung balik.

Kelantan lagi teruk. Jalan Grik-Jeli dah tutup. Banyak tempat yang tak pernah banjir pun banjir. Banjir tinggi sekolah 4 tingkat. MashaAllah

This is indeed some kind of alarm from the above. Lets pray together.

Ya Allah, ampunilah kami jika kami hamba yang telah melampui batas.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance