Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 5 December 2014

Angelic v Devilish

I always felt like there are two of me in me. The angelic side of me and the devilish side. Ke semua orang pun rasa macam tu? Pemisah antara kedua-duanya hanyalah senipis kulit bawang, or even thinner. Iman senipis kulit bawang? Hmmm parah kau ni.

Sometimes my devil side is louder, sometimes vice versa. Thanks God, sisi jahat aku hanyalah within me, hanyalah kata2 hati yang tak diluahkan, tak dizahirkan. 

Aku ada nafsu, tapi aku tahu batas agama. Kau ingat aku tak pernah teringin merokok? Bertatu? Masuk kelab? Warnakan kuku? Minum arak? Bela anjing?  Bukan aku nak hidup bergelumang dengan benda2 tu, just aku nak merasa. Orang kata sekali  pun cukup la.

Tapi inilah kehidupan. Allah dah bagi al-Quran untuk jadikan panduan, suka kau lah nak ikut ke tak. Beli barang elektrik, kalau tak pasang ikut manual book, kau rasa akan berfungsi ke benda alah tu? Jangan2 meletup lepas tu rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba anak kambing patah kaki anak kambing pandai menari (tolong jangan nyanyi)

Apa yang kita nak tapi Allah tak bagi buat, itulah ujian untuk kita. Kau nak buat, silakan. Allah tak letak malaikat2 Dia dekat kedai Arak, kelab malam jadi bonzer, untuk halang kau. Tapi kalau kau nak buat jugak, Allah dah bagitau siap2 bahana dan akibatnya. Kau yang kena buat pilihan.

Jangan hampiri maksiat. Hampir pun jangan! Ni warning dari atas 'sana', bukan dari aku.

Aku manusia biasa, takde yang special tentang aku. Just aku harap Allah terus guide aku untuk ikut 'Manual Dia', supaya aku tak tersasar dari tujuan asal aku dihantar ke bumi ni, supaya aku tak membuat pilihan yang salah, supaya tiada penyesalan dikemudian hari.

Moga-moga

Ameen

Bukan untuk aku je, untuk kita semua.

Aameen


No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance