Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Saturday, 8 November 2014

Tak patut kerja hari Sabtu

Siaran
Langsung


Aku kat ofis ni weh! Hari Sabtu kat ofis. Hmmmm. Bila la nak dapat kerja weekend cuti ni. Nak dapat kerja apa nya kau ni? CV pun tak habis update lagi haha. 

Aku tak setuju kerja hari sabtu. Bagi aku, itu family time, leisure time setelah 5 hari siang kau kerja bertungkus lumus, takde masa dengan family, takde masa untuk sendiri. Sabtu Ahad lah nak balik kampung ke, pergi kenduri ke, tengok wayang ke. Ye dok?

Kerja macam orang gila, gaji macam tu jugak. Kalau kena maki dengan clients dapat elaun tak pe jugak. Eh merungut? :P

Tolong lah faham tak payah buat kerja hari Sabtu. Kerja macam aku ni tak payah pun kerja hari Sabtu. Bank tutup, pejabat kerajaan tutup, mahkamah tutup. So apa kejadahnya aku kena kerja? Nak cakap kerja banyak, kerja memang takkan habis. Itu time management sendiri, pandai2 la. Sepanjang aku kerja dah setahun lebih, aku tak pernah lepas deadline. Yeahh, aku memang punctual orangnya *puji diri sendiri*

Rugi tau kerja hari Sabtu, karang balik penat *penat tak buat apa2*, mesti tidur. Doh deh doh deh, eh eh dah hari Ahad. Tiba2 dah malam Ahad. Shit. Haha

Dah la, nak tengok movie jap. Dosa pulak banyak merungut dan mencarut di hari Sabtu haha


Benci tau dah dua hari mimpi dia. Mimpi first dia bagi aku hadiah, memang gempak la. Walaupun dalam mimpi tetap benci, hadiah tetap terima. Materialistic? Yes! Haha

Malam semalam mimpi kaki dia sangkut dalam lubang, benci2 pun aku tolong. Baik? Yes! Haha

Bangun2 tidur tumbuk angin, bayangkan dia ada depan mata haha -_-''. Tak tahu kenapa benci, dia tak buat salah pun dengan aku, tak kacau pun aku. Tapi dia menggelikan dan annoying.

Sumpah tak terfikir pasal dia, kenapa entah mimpi. Mimpilah Arjun Rampal ke Johnny Depp ke, sedap sikit bahahah

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance