Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 27 November 2014

Kerenah-kerenah manusia

Hari ni aku nak cerita sikit kerenah sesetengah manusia ni. Manusia tu termasuk la aku, apa kau ingat aku binatang? haha. Hari2 aku deal dengan orang, dulu aku paling benci deal dengan orang luar, tapi sekarang terpaksa T__T

Manusia ni macam2 ragam dan kerenah. Ada yang beradab, ada yang kurang adab, ada yang biadap. For me, in whatever circumstances, whatever religion we practice, to classified one as a good person, we must show good manners. Adab dengan Tuhan, adab sesama manusia, adab dengan haiwan, adab dengan tumbuh-tumbuhan, adab di jalan raya, etc.

Customer is always right. Aku tak rasa phrase ni betul. We do provide service, you do pay us, yes. Tapi kalau takde give and take, tak jadi jugak. Mintak dokumen, lepas sebulan baru bagi, lepas tu maki2 kita lambat buat kerja. Kau ingat dokumen tu merpati boleh hantarkan ke apa?

Ada yang jenis tak faham procedure. Hari ni sign Letter Offer, esok dah nak ada duit dalam akaun. Hari ni sign perjanjian, esok dah nak ada duit depan mata. Lepas tu ada yang kerek, nak buat sendiri sebab taknak bayar fee, kata kawan boleh tolong. Tapi mostly yang buat macam ni, last2 datang kat kita balik sebab salah buat. Ada yang teruk, marah kita pulak. Keturunan jenis apa ni salah sendiri marah orang lain? Haha

Macam mana biadap pun seseorang, I'll control my temper and talk nicely. Api lawannya air. Api dengan api kalau makin marak la, terbakar pejabat nanti. 

Hari tu ada sorang ni datang marah, tak tahu asal usul, datang tempat orang marah2. Orang macam ni la yang Hang Jebat marah sangat ni (tak pepasal Hang Jebat)

'Mana duit saya? Lawyer jenis apa ni lambat buat kerja?'
'Encik berurusan dengan siapa ye sebelum ni?'
'Tak tahu, ******** yang suruh datang tanya lawyer'
'Nama encik? Saya kene semak rekod dulu'
'*******'
'Takde pun nama encik dalam rekod. Encik peminjam ke?'
'Bukan, isteri saya'

Kau dah apehal mengamuk untuk isteri?

'Okay takpe, bagi nama isteri'
'********'
'Encik, kami tak dapat apa2 arahan lagi dari ******** tentang fail encik ni. Macam mana kami nak buat kerja tanpa arahan?'
'Hish, susah la macam ni, orang sana suruh tanya sini, orang sini salahkan orang sana'

Beberapa hari lepas tu dia datang balik, serah dokumen. Dah malu2 alah sebab salah serang orang. Lepas tu tahu pulak nak berbaik. Apa salahnya datang tu dengan cara baik dulu? Benda boleh settle. Lepas tu boleh pulak cakap

'Cik takpelah buat lambat sikit, saya tengah takde duit nak bayar duit guaman ni'

Pulak? Hari tu gelabah sangat nak duit macam dunia nak kiamat je gayanya.

Nak cerita ragam manusia ni memang macam2. Aku tak faham orang yang takde adab ni. Adab kau saja2 tinggalkan kat rumah ke macam mana? Tu belum cerita pasal certain people yang kerja dekat front desk. Perghhh muka ketat macam cucuk botox 56x. Tak mesra, tak membantu langsung pulak tu, dengan berlagaknya, macam syarikat tu dia pegang major share. Orang2 macam ni patutnya letak dalam stor, bukan dekat front desk.

Yang lagi sedih, 80% yang suka buat muka ketat ni perempuan. Muka dari cantik terus jadi tak cantik. Kalau ye pun PMS ke menopause ke gaduh dengan laki ke, control la emosi tu. Apa kau ingat kau sorang je berhormon? Kau sorang je ada masalah? Haha Be professional.

Tapi tak nafikan ada yang baik, beradab, cakap sopan. Aku doakan orang2 macam ni masuk syurga kerana menyenangkan hati  dan kerja orang lain. Kerja dan gaji tu amanah yeeeeeee.

2 comments:

  1. kami yang sebagai tax consultant ni pon dh mcm "pengemis".minta client untuk hantar dokumen,janji esok,bila esok,minggu depan.last2 smpi berbulan pending fail.tu belum lg yg ckp tk serupa org,smpikn 1 tahap rase nk record setiap percakapan client yg bermasalah ni.
    admit it,bila kita provide services,payment mmg susah untuk collect(walaupun bkn semua mcm tu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahh payment is another issue la. Keje nk cpt je, payment tau plk dorg lmbt. Mcm kitorang buat, tak proceed selagi x dpt pyment

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance