Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Monday, 10 November 2014

Di mana KITA?

Salam Isnin, Salam 1Malaysia, Salam 1Azam

Hari Isnin adalah hari yang erghhh. Hari yang liat nak bangun dari tilam yang empuk. Bantal kekabu yang malamnya kita rungutkan makin kempis, tapi di pagi hari bantal tu la yang paling kita cinta. Hari yang terasa malas nak mulakan hidup

Tadi aku scroll FB. Ternampak gambar2 ni 



Anak2 gelandangan. 
Kawasan: Sekitar KL

Aduh, insaf tengok mereka ni. Betapa selama ni kita tidak bersyukur. Di saat kita tidur beralaskan tilam empuk, mereka hanya beralaskan surat khabar. Di saat kita berselimutkan selimut bulu kambing, mereka hanya dengan tuala nipis. Sekarang dah la musim hujan, mesti sejuk tu.

Aku tak sure ni anak rakyat Malaysia/PATI. Tapi siapapun mereka, tak runtun ke hati tengok 4 beradik yang masih belum baligh tidur bergelimpangan macam ni?

Kalau mereka rakyat Malaysia, mana bantuan zakat? Mana Baitulmal? Mana Kebajikan Masyarakat?Apa jadi dengan 1Azam? tak salah aku AZAM means Atasi ZAman Miskin.

Dengan keadaan ekonomi sekarang, dengan segala harga barang melambung naik, rakyat jadi tak mampu. Tak mampu menyewa rumah, apa ntah lagi memiliki. Rakyat jadi terdesak untuk survive. Terdesak sampai terpaksa tidur di mana saja, terdesak sampai terpaksa buat kerja haram, mencuri, merompak, meragut.

Saat kita sibuk memikirkan tengahari karang nak lunch di restoran mana, buat kira2 nak tukar gadjet, beratur seharian semata nak dapatkan apa yang diidamkan, bising almari baju dah sendat, kita lupa pada mereka yang hanya punya sekeping roti untuk dijamah dalam sehari, kita lupa pada yang hanya ada 2 3 helai pakaian untuk diulang pakai.

Kita selalu lalai, alpa, lupa pada rezeki kita, ada bahagian untuk orang lain. Kita ghairah dengan dunia. Kita sibuk pening nak beli handbag jenama Guess ke Chanel. Kita sibuk upload gambar2 beef steak, cawan Starbuck di akaun Instagram.

Kita terlampau sibuk dengan urusan KITA, sampai kita lupa wujudnya MEREKA.

Alhamdulillah, walaupun Ayah aku seorang je yang berkerja untuk keluarga, kami masih mampu nak katakan hidup selesa, cukup makan, tempat tinggal, pakaian, cukup cukup. Nak senaraikan barang mewah yang kami ada, memang takde. Nak senaraikan keperluan asas yang kami takde, pun takde.

Macam mana terdesak pun untuk aku hidup, kadang2 untuk menghulur aku terpaksa pejamkan mata. Yakin setiap satu yang kita bagi, sepuluh akan kembali pada kita. Bersyukur dan beringat dengan apa yang ada.

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance