Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Thursday, 6 November 2014

Dah takde kerja sangat ke?

Aku ni bukanlah pembaca tegar gossip sebab aku malas, tapi aku suka tengok gambar. Kalau bukak beautifulnara tu memang aku baca tajuk and tengok gambar yang terpapar je, tak kuasa nak tekan 'read more'. Blog aku suka baca, tapi yang menarik je la. Cerita artis gaduh sana sini, rampas suami orang, tak dapat nafkah, beli 8 bijik kereta, lantak korang la. Haha

Semalam aku bosan tahap kepala dah terjuntai tepi katil, aku tengok gambar2 kat IG, tiba2 rasa nak baca komen2 kat gambar tu. Hahaha sumpah lawak weh rakyat Malaysia. Ada yang fanatik bebenor, ada yang benci bebenor. Off course majoriti perempuan, ada yang bertudung, mak orang, bini orang. Korang ni takde kerja ke nak buat? Baju dah lipat? Anak suami dah makan?

Bergaduh sesama sendiri macam kenal sangat retis tu, macam duduk serumah makan sepinggan tidur sebantal, macam kenal bebenor. Entah2 retis tu tak baca pun yang korang gaduh2 tu haha. Yang korang sibuk sangat nak bela hidup orang yang takde kena mengena dengan korang tu kenapa? Yang gaduh tu bukan kenal each others pun. Hai la penangan dunia maya. Lawak okay baca, meluat pun ada. Macam pendek akal, tak rasional. Hai lah, jadilah manusia yang berfikiran maju sikit.

Tak faham aku orang fanatik ni, sungguh aku tak faham.

Minggu lepas anak Che Ta lahir, ya Allah comel sungguh mahkluk Tuhan yang kecil tu. Yela, kacukan Che Ta dengan Zain pulak kan. Lagipun, baby mana je tak comel? Yang kelakar, ada yang bandingkan dengan anak Scha and Awal. Astaghfirullalazim. Korang bandingkan ciptaan Tuhan yang suci? Adoyai nye pun! Apa masalah korang ni? Korang komen2 tu berbayar ke macam mana? Apa ke jumud sangat pemikiran haha. Budak2 tu baru turun dari syurga, korang tahu ke tak ni? Sampai tahap tu sekali *geleng2 kepala*

Beauty lies in the eyes of beholder. Faham ke idok? Kecantikan tu subjektif. Bagi aku, mak aku wanita paling cantik, mak korang tak cantik. Ha marah? Marah? Macam orang gila nak bergaduh siapa lagi cantik. Childish haha.

Kebelakangan ni (dah macam karangan BM dah ayat aku haha), banyak viral video budak kena buli. Aku tak tengok pun, macam biasa, baca tajuk je. Takde masa nak tengok, ha sebegitu sekali kesibukan aku haha. Aku ingat zaman buli ni dah habis, ada lagi rupanya. Selalunya orang yang membuli ni ada masalah attention deficit, selalunya dari keluarga (bajet pakar psychology haha). Panjang nak bincang isu ni, nanti2 lah kalau rajin (or mungkin tak akan dibincangkan di sini bahaha)

Lagi satu, aku tengok sekarang macam trend pulak bila kantoi mencuri, pencuri tu mesti dibogelkan. Motif? Haha. Memang lah dia buat benda yang salah, tapi jangan aibkan orang macam tu abang oi! Siasat la dulu kenapa dia mencuri. Anak kat rumah lapar susu ke, mak tengah sakit ke. Bawalah pergi balai, ni pergi bogelkan and ambil gambar, kau dah kenapa? Agama tak ajar mengaibkan orang sebegitu rupa.

Aku rasa KITA ni manusia sejagat ni, masih lemah hati dan berfikiran mundur. Kita pentingkan benda yang tak penting langsung. Kita sibukkan hal orang sampai keluarga sendiri terbiar. Kita kena cari akar; punca semua ni, kena tabur baja yang elok, untuk membuahkan hasil yang ada kualiti. And I believe our root is our religion. Bukan suruh betulkan agama, agama itu benar dan suci. Tapi mantapkan diri kita dengan pengetahuan agama, betulkan diri kita dengan ajaran agama.

Akarnya agama, akar dah sedia kuat, pokok mati pun, akar masih teguh di dalam tanah. Tapi nak pokok yang baik buah yang baik, baja kena baik, air kena siram. Baja ni kita yang mendidik, Pemimpin untuk rakyat, Ibu bapa untuk anak, Cikgu untuk pelajar. Baja baik, barulah boleh hasilkan buah yang baik. Kan?

No comments:

Post a Comment

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance