Followers

”Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yg memberi peringatan.”

-Imam Hasan Al-Basr

Friday, 24 October 2014

Why Axia G?

(25/9/2014)

Aku booking Axia G 1.0 AT, Cherry Blossom.  Sebab this is not my dream car, pemilihan warna dibuat oleh mak. Bayaran booking RM300 sahajo, dan akan dipulangkan bila dapat kereta. Aku inginkan Honda Jazz tapi tunggu dululah. Omaigodd Honda always catch my eyes, semua model kereta2 dia sangatlah mengiurkan.

Kenapa ambil model G, bukan Advance(AV), bukan Special Edition (SE). Sebab harga. Yang 2 teratas tu, dekat2 RM500 jugak sebulan. Bagi aku, kalau aku bayar RM500 baik aku ambil Myvi or Iriz, dapat 1.3, lagi sedap bawak. Lagipun aku tak suka front view yang 2 tu, nampak rongak haha.

G vs AV. aku rasa sakit hati tengok depan yang AV ni, rasa macam jahat haha tapi bentuk lampu cantik

Aku lagi suka lampu LED yang ada warna merah :) Tapi belakang, AV lagi nampak sporty

Model G takde GPS, takpelah tu boleh beli asing or guna handphone jo. Aku kalau takde GPS, dari nak pergi Petaling Jaya, mau sampai Segamat haha. Model G takde camera belakang dan takde censor depan. Tu pun takde masalah bagi aku, sebab kereta sekarang aku guna pun takde benda2 tu. And model G takde bodykit and beberapa perkara lain yang tak penting pun ada untuk sebuah kereta. Kalau takde signal itu baru melampau nauuu haha.

Model G seat fabric, aku tak suka leather woi terbakar punggung kalau park tempat panas weh. And leather agak licin untuk diduduki. Makcik aku suruh ambil leather, anak kencing nanti senang nak basuh katanya. Persoalannya sekarang, mana datang anak aku tu? Haha

Size dia just nice, kecil sikit dari Myvi. And aku memang nak beli kereta hatchback. Bonet takdelah boleh letak almari tapi setakat barang aku sorang lebih dari cukup, tak cukup boleh letak kat seat belakang, sesiapa nak tumpang duduk atas bumbung haha.

Dan setelah mendengar hujahan2 orang tua, yakni mak bapak makcik2 aku, I take Axia as my first car, setelah ditimbang tara banyak perkara.

Pertamanya, aku baru nak mula hidup. Kalau aku nak ambil Jazz maybe tengah tahun depan baru mampu, itupun maybe kena buat belanjawan betul2 punya. Tapi aku memerlukan kereta sendiri paling lambat awal tahun depan. So I guess this is the best choice for now.

Keduanya, it is very economical, jimat minyak. Tu penting ye adik2, sebab as lawyer yang baru nak menapak dalam dunia ni, aku maybe banyak travel sana sini, memanglah boleh claim, tapi ikut kiraan firm la. Dah la harga minyak dah naik T____T. Silalah melukut di tepian gantang.

Ketiganya, baru nak mula hidup ni, nak sewa rumah pun setinggan je, or flat je, so memang kereta kau takkan dimanjakan bawah bumbung la kan. Dah ada landed house nanti, barulah fikir nak beli Ferrari ke Bentley ke haha.

Keempatnya, mak cakap, nanti turunkan kereta ni kat adik2, bila dah rasa stable untuk bayar lebih untuk kereta yang diidamkan. Dan nanti murahlah dorang nak sambung bayarkan.

Kereta ni sesuai untuk short distance la, kalau kerja kau nak berulang dari Perlis ke Johor, jangan terkejut tiba2 enjin berasap or tengah2 drive tengok ada sebijik tayar sedang bergolek di depan kereta anda haha.

Aku buat loan dengan Affin. The lowest interest rate for now compared to other banks. Just 2.99%. Ada bayar downpayment. Bulan2 aku just bayar untuk kereta RM367.00. Murah sangat, boleh beli 10 bahahahaha. Ada jugak bising kata Affin bank dia limited, nanti susah nak buat payment. Hoi! Maybank2u kan hadooo. Kemon, up to date please. Haha Paling mahal pun kena charge RM2 joo. Kalau bayar 3 hari sebelum due date 10sen jooo.

I definitely will grab my dream car, one day, if Allah's will.

Dari tarikh aku oder, Perodua estimate lagi 2 bulan 3 minggu baru aku dapat, just nice. Kenapa Axia lambat dapat? Sebab mereka adalah kereta baru. Sebulan production hanya boleh berapa ribu je (aku tak ingat berapa Salesman tu cakap hari tu), setakat bulan 9 tu, untuk model G dah ada 60k booking haha. Perodua don't expect this coming, lambakan booking. 60k? Hmmm den kena parking kereta atas pokok nampak gayanya.

Nanti aku review Axia ;)

13 comments:

  1. salam ya saya dah book cherry blossom tp awal sudah salesgirl tu ckp keta akan dpt 4 bulan dri tarikh book..Aduyai mcm bulan syawal jgk ni bru dpt keta ..huhu
    awak dah dpt keta ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh skrg mmg waiting list panjang. My cousin booked pun kena tunggu 5 months. Sy dah dpt. Sy tunggu almost 3 months jugak

      Delete
  2. xpa la kn kita belajar bersabar mau dptkan keta idaman hehehe...nti dah dpt keta awak updte ya hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. I already got mine. Dah review pun hehe. Cari my post around mid dec :)

      Delete
  3. wah bestnya awak

    ReplyDelete
  4. Sesiapa yang da booking Axia tpi tunggu lama sangat sampai 3-4 bulan, saya boleh tolong anda semua, saya boleh tolong tranfer kn booking dan dokumen2 smua, kt sya ad stock tunggu paling lewat dalam sebulan..ape2 cal/whssp sya di 019-6578178

    ReplyDelete
  5. Nadia, camner pakai axia tu...Best ke? Jimat betul ke petrol?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jimat petrol yes. Overall worth the money we paying every month to bank la ;D

      Delete
  6. assalamualaikum. hai. sy first jumpa blog awk ni sebab en perodua suh sy amik keta axia kaler cherry blossom tp sy order midnight blue. cis. so sy na tgk la cm ne kaler cherry blossom tu. sbb mak ta berkenan kaler tu so sy ta amik n sy tunggu kaler sy order. da selamat sampai da axia midnight blue sy tu. yeay. so bila da jumpa blog baca la. ya Allah sporting n slamber ta hingat awk punya blog ni. sy suka baca sbb awk punya penulisan best sgt. hoho tu je

    nota siku (hoho) : sy orang manjung tp my mr.complicated org taiping. tiap kali balik kg mak kat gerik sy lalu kuala kangsar. hahaha. ok. bye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Berapa bulan hari tu tunggu? Sy pun pilihan warna by mak. Tp atas jalan warna kete awak tu mmg mengancam and warna hijau tu. Nampk shining gitu hehe. Tq baca blog sy. Hope dpt bg sikit info :)

      Sy selalu pergi manjung makan yong tau fu manjung! Sedappp. Lapar plk haha. Singgah la kuale kalau lalu hehe

      Delete
  7. Salam. Saya nak tanya saya student law yg akan start chambering. And saya takde kereta yg memudahkan saya utk ke sana ke mari. Persoalannya blh ke buat chambering tanpa ada kereta sbb nnt mst kena travel sana sini kan? Lepas tu posibble ke klu saya nk beli kereta guna elaun chambering tu saja without pay slip? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. sorry lambat approve, your comment masuk spam.

      okay kalau buat conveyancing nanti awak banyak nak ke pej tanah, bank, jumpa clients. kalau buat litigation yeahh banyak ke court esp lepas short call.

      so kereta tu agak keperluan. perodua tak silap sy ada skim yang boleh beli kereta untuk newly graduated students yang tak perlukan pay slip. maybe dorang just nak guarantor. try tanya if perodua still ada promotion tu.

      Delete

Kalau aku suka comment korang, aku approve. Hahaha.
Thank you in advance